Berita Harian

Aksi Malaysia, Korea Utara kekal di Pyongyang

AFC tegas gelanggang berkecuali hanya akan jadi pilihan terakhir

- Oleh Irwan Shafrizan Ismail dan Syafiq Aznan

Konfederas­i Bola Sepak Malaysia (AFC) menegaskan venue perlawanan antara Harimau Malaysia dan Korea Utara pada aksi pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2019 pada 28 Mac ini kekal di Pyongyang.

Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Agung AFC, Datuk Windsor Paul John yang menjelaska­n pihaknya hanya akan memutuskan pertukaran perlawanan itu ke gelanggang berkecuali sekiranya beberapa alternatif lain yang ada sebelum ini dilihat tidak sesuai untuk dilaksanak­an.

“AFC ada beberapa lagi pilihan yang boleh diambil jika perlawanan itu tidak dapat diteruskan di Pyongyang seperti yang dijadualka­n sebelum ini. Namun saya tegaskan gelanggang berkecuali hanya akan menjadi pilihan terakhir AFC.

“Apapun, kami masih memantau keadaan semasa buat masa ini dan masih terlalu awal untuk membuat apa-apa keputusan berhubung perlawanan itu.

“Saya percaya jawatankua­sa yang terbabit akan mengumumka­n keputusan gelanggang dalam masa terdekat, jadi semua pihak diharap dapat menunggu pengesahan rasmi nanti,” katanya ketika dihubungi BH Sukan, semalam.

Jaminan keselamata­n Di Putrajaya,

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) perlu memastikan AFC memberi jaminan keselamata­n berhubung status perlawanan antara Harimau Malaysia dengan Korea Utara yang dijadualka­n berlangsun­g di Pyongyang, 28 Mac ini.

Beliau berkata, faktor keselamata­n pasukan perlu menjadi keutamaan kerana ia perkara serius berikutan ketegangan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara yang kini melalui fasa yang rumit.

“Saya akan beri nasihat kepada FAM untuk minta nasihat dan pandangan daripada AFC terlebih dahulu.

“Dalam keadaan hari ini, saya sangat risau dengan keadaan hubungan diplomatik kita dengan Korea Utara," katanya pada sidang media, di sini semalam.

Kebimbanga­n tahap keselamata­n pasukan negara timbul selepas kes pembunuhan abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur 2 (klia 2) pada 13 Februari lalu.

Aksi pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2019 itu menyaksika­n skuad Harimau Malaysia yang dibimbing Datuk Ong Kim Swee diundi dalam Kumpulan B bersama Hong Kong dan Lubnan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia