Berita Harian

Saya boleh bekerja dengan sesiapa saja: Annuar

-

Kuala Lumpur: Calon Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa menegaskan, beliau boleh bekerja dengan sesiapa saja jika dipilih menerajui badan induk bola sepak negara itu.

Annuar dalam satu kenyataan di laman Facebook turut menyatakan pendiriann­ya menjelang pemilihan pada 25 Mac ini, yang mana beliau tidak terikat dengan sesiapa atau hanya boleh bekerja dengan kumpulan tertentu.

“Saya ditanya siapa gandingan saya dan sama ada saya boleh bekerja dengan si polan si polan. Suka saya tegaskan salah satu misi saya ialah membawa keharmonia­n, team work (kerja sama berpasukan) dan menghormat­i peranan semua EXCO yang dipilih.

“Justeru, saya tidak terikat dengan sesiapa dan boleh bekerja dengan sesiapa saja. Perwakilan bebas memilih siapa saja.

“Adalah buruk bagi FAM kalau kita mula berpuak-puak, bergaduh sesama ahli gabungan, bergaduh dengan kementeria­n dan sebagainya.

Tiada sogokan, tiada ugutan

“FAM perlu tenang dan kekalkan sikap saling hormat menghormat­i. Saya tidak akan menekan sesiapa, dan tidak berkumpula­n. Tiada sogokan dan tiada ugutan.

“Saya percaya badan gabungan bijak membuat pilihan sendiri corak mana kita mahu FAM ditadbir. Semuanya baik belaka,” kata Annuar.

Annuar turut memuat naik kenyataan seorang calon Timbalan Presiden FAM, Datuk Yusoff Mahadi yang hanya sanggup bekerjasam­a sekiranya perwakilan memilih seorang lagi calon, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebagai presiden.

“Kalau perwakilan pilih Tunku Ismail, saya sedia menawarkan diri dan berharap mereka turut memilih saya. Tetapi jika mereka berpendapa­t Annuar lebih layak, saya harap mereka tidak mengundi saya,” kata Yusoff kelmarin.

Kelmarin, FAM mengumumka­n Tunku Ismail dan Annuar kekal sebagai calon merebut jawatan Presiden FAM bagi penggal 2012/2021 pada Kongres Pemilihan FAM ke-53 pada 25 Mac ini.

Bagi jawatan Timbalan Presiden FAM menyaksika­n pertanding­an tiga penjuru antara Yusoff dengan penyandang, Datuk Seri Afandi Hamzah dan Datuk Seri Subahan Kamal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia