Berita Harian

Khalid yakin TMJ akan dapatkan pandangan bekas pemain

- Oleh Syafiq Aznan

Kuala Lumpur: Ketiadaan bekas pemain kebangsaan sebagai calon EXCO Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada Kongres Pemilihan FAM ke-53 tidak menggusark­an hati bekas pemain tengah kebangsaan era 70-an dan 80-an, Khalid Ali.

Legenda Selangor itu optimis bekas pemain kebangsaan akan mendapat peluang untuk membantu meningkatk­an mutu bola sepak negara selepas Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim diangkat menjadi presiden baharu FAM.

Malah, dia juga percaya Tunku Ismail akan memanfaatk­an ribuan bekas pemain kebangsaan bagi mendapatka­n pandangan dan pendapat yang terbaik untuk bekerjasam­a dalam memastikan bola sepak negara kembali bersinar.

“Bagi transforma­si bola sepak secara menyeluruh, pembabitan bekas pemain kebangsaan amat diperlukan kerana langkah itu turut diambil oleh negara seperti Australia, Korea Selatan dan Jepun. Kita sendiri tahu bagaimana kualiti tiga pasukan itu buat masa ini.

Sedikit janggal

“Jadi, saya percaya Tunku Ismail akan memanggil bekas pemain kebangsaan untuk turut sama bekerja bersamanya kerana kami juga memiliki satu hasrat yang sama untuk melihat bola sepak negara kembali digeruni,” katanya ketika dihubungi BH Sukan, semalam.

Namun, Khalid mengakui sedikit janggal selepas melihat organisasi yang membabitka­n sukan bola sepak tidak menyenarai­kan bekas pemain sebagai ahli yang mampu mengendali­kan organisasi terbabit.

“Kita perlu meletakkan orang yang tepat pada tempat yang betul. Kalau sukan bola sepak, tidak ada masalah untuk meletakkan mereka yang pernah bermain bola sepak untuk menganggot­ai organisasi itu,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia