Berita Harian

Penyu diaibkan, Kuantan FA cemerlang

- Oleh Faizul Azlan dan Asrol Awang

Kuala Terengganu: Skuad Penyu gagal manfaatkan beraksi di laman sendiri selepas dimalukan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) FC 24 dalam aksi Liga Perdana di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam tadi.

Lebih memalukan, anak buah Irfan Bakti Abu Salim tewas di tangan pasukan yang hanya beraksi 10 pemain selepas Muhammad Fadhil Idris dilayangka­n kad merah pengadil perlawanan, Muhd Rahmad Jantan kerana mengasari Issey Nakajima Farran pada minit ke-46.

Tuan rumah yang mendapat sokongan hampir 10,000 penyokong yang menyaksika­n secara percuma tergamam apabila pelawat di depan menerusi tandukan kapten, Muhd Shahrel Fikri Md Fauzi hasil sepakan penjuru Vincent Lucas Weijl minit ke-12.

Tersentak dengan jaringan itu, skuad Penyu melancarka­n gerakan memburu gol penyamaan, namun kealpaan benteng pertahanan tuan rumah dihukum PKNP sekali lagi menerusi jaringan mudah Muhd Shahrel Fikri minit ke-29.

Pada minit ke-36, skuad bimbingan Irfan merapatkan jurang gol menerusi tandukan Federico Matias Falcone yang menyambut hantaran lintang Muhd Ferris Daniel Mat Nasir.

PKNP berjaya menambah jaringan hasil tandukan pemain import pertahanan, Ritus Krjauklis hasil sepakan penjuru minit ke-52, sebelum Najakima Farran merapatkan jurang menerusi rembatan pada minit ke-59.

Bagaimanap­un, kesilapan Muhd Shahrin Sapien menolak bola di kawasan pertahanan dirampas Weijl yang mudah menewaskan penjaga gol gantian, Muhamad Syazwan Yusof minit ke-82.

Kemenangan kedua Di Kuantan,

Kuantan FA meneruskan rentak cemerlang apabila menewaskan UITM FC 3-1 di Stadium Darul Makmur, malam tadi.

Kesungguha­n skuad kendalian Zulhamizan Zakaria bermula pada minit ke-19 apabila pemain tengah dari Korea Selatan, Sim Woon Sub berjaya menewaskan penjaga gol UITM FC, Muhammad Hanif untuk meletakkan Kuantan FA 1-0.

Minit ke-28, kapten pasukan, Abdul Malik Mat Arif meneruskan sentuhan berbisa apabila menjaringk­an gol kedua.

Kelekaan tuan rumah menyebabka­n gawang mereka dibolosi gol Akanny Sunday Wasiu yang menewaskan penjaga gol Kuantan FA, Sheril Anuar Saini minit ke-36 dan keputusan 2-1 kekal di separuhmas­apertama.

Bersambung babak kedua, tuan rumah yang mahu mengutip tiga mata terus mengasak kubu lawan dan usaha itu berhasil dengan Woon Sub menjaringk­an gol ketiga pasukan dan gol kedua peribadi minit ke-66.

 ?? [FOTOMUHAMM­AD ASYRAF SAWAL/BH] ?? Pemain Kuantan FA, Abdul Malik Mat Ariff (kanan) Stadium Darul Makmur, malam tadi. cuba melepasi halangan pemain UITM FC pada saingan Liga Perdana di
[FOTOMUHAMM­AD ASYRAF SAWAL/BH] Pemain Kuantan FA, Abdul Malik Mat Ariff (kanan) Stadium Darul Makmur, malam tadi. cuba melepasi halangan pemain UITM FC pada saingan Liga Perdana di

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia