Berita Harian

TRW tewas di laman sendiri

MU malukan tuan rumah 2-0 di depan 10,000 penonton

- Oleh Hasbullah Ibrahim

The Red Warriors (TRW) gagal menghadiah­kan kemenangan­pertamadi laman sendiri kepada penyokong mereka selepas tewas 0-2 kepada Melaka United (MU) pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, malam tadi.

TRW terlebih dahulu bertindak garang apabila membuat percubaan berbahaya dari luar kawasan penalti seawal minit ketujuh menerusi import dari Gambia, Mamadou Danso, namun diselamatk­an penjaga gol pelawat, Mohd Fazli Pa'at.

Kehadiran kira-kira 10,000 penyokong menjadi pencetus semangat buat TRW yang terus melakukan asakan ke kubu pelawat.

Namun, MU hampir mendahului tuan rumah pada minit ke-15 menerusi percubaan jarak jauh Jeon Woo Young, tetapi terkena palang gol walaupun penjaga gol TRW, Khairul Fahmi Che Mat sudah tertewas.

Pertukaran taktikal

TRW hampir di depan, tetapi sepakanper­cumaindrap­utramahayu­ddin ke-40 sekadar melepasi palang pelawat manakala tiga kali rembatan Mohamad Ghaddar seminit selepas itu juga gagal membolosi gawang pelawat.

Bersambung babak kedua, percubaan menerusi Mohamad Ghaddar pada minit ke-48, diikuti rembatan deras Margaro Gomis minit ke-49 sekadar sipi di sebelah kiri pintu gol pelawat.

MU mengejutka­n tuan rumah untuk mendahului 1-0 menerusi rembatan cantik Ilija Spasojevic di penjuru kanan pintu gol pada minit ke-59 menewaskan Khairul Fahmi.

Zahasmi Ismail membuat pertukaran taktikal menggantik­an kaptennya, Mohd Bahdri Radzi dengan bekas penyerang skuad Piala Presiden, Fakhrul Zaman yang kemudian berjaya mengimbang­i kekuatan pelawat hasil rembatan Indra Putra pada minit ke-70, namun sekadar sipi di sebelah kiri pintu gol Melaka.

Selepas itu segala usaha tuan rumah mencari gol penyamaan tidak berhasil malah Melaka sekali lagi mendahului kali kedua menerusi rembatan Muhammad Fauzi Rozlan minit ke-90.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia