Berita Harian

TPM mahu SAM main peranan proaktif jayakan TN50

- Oleh Mohd Khairie Khalid

Putrajaya: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta Persatuan Penulis-penulis Sukan Malaysia (SAM) memainkan peranan proaktif dalam menjayakan Transforma­si Nasional 2050 (TN50) menerusi wadah penulisan sukan.

Timbalan Perdana Menteri berkata, bidang sukan antara cabang yang perlu diberi perhatian dalam TN50 dalam usaha memastikan lebih banyak kejayaan dapat dilakar negara di pentas antarabang­sa menjelang tiga dekad akan datang.

Lebih daripada itu, katanya, sukan juga sudah terbukti menjadi medium penting dalam menyatukan rakyat berbilang kaum di negara ini.

Kunjungan hormat

“Saya mengikuti laporan sukan dan saya dapati laporannya berbeza berbanding laporan berita lain dengan penulisan yang berseni serta menarik minat orang ramai membacanya.

“Justeru, saya meminta SAM meneruskan laporan yang berbeza dan menarik itu dalam membangkit­kan semangat kenegaraan, kerjasama serta kekitaan terutama dalam menjayakan TN50,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menerima kunjungan hormat barisan kepimpinan SAM yang diketuai presidenny­a Ahmad Khawari Isa di pejabatnya, petang semalam.

Sementara itu, Ahmad Khawari berkata pihaknya akan mendokong dan memainkan peranan proaktif dalam menjayakan TN50 sebagaiman­a yang dimahukan Timbalan Perdana Menteri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia