Berita Harian

HONG LEONG BANK

Catat untung separuh pertama RM1.093J

-

Hong Leong Bank Bhd menjangka pertumbuha­n yang sederhana dalam segmen pinjaman dan deposit pada tempoh akan datang.

Pengarah Urusan Kumpulan yang juga Ketua Eksekutifn­ya, Domenic Fuda, berkata ia selaras dengan prestasi ekonomi negara ini yang dilihat kembali pulih dengan sokongan berterusan daripada permintaan domestik dan eksport.

“Malah, unjuran ekonomi dunia juga menunjukka­n peningkata­n dengan tarikan yang lebih kukuh dalam ekonomi maju dan kestabilan di China.

“Keutamaan Kumpulan adalah untuk mengekalka­n pertumbuha­n berkualiti dan keuntungan dalam jangka panjang,” katanya pada sidang media mengenai prestasi separuh pertama di Kuala Lumpur, semalam.

Yang hadir sama adalah Ketua Pegawai Kewangan Hong Leong Bank, Foong Pik Yee.

Dalam pada itu, Hong Leong Bank mencatat keuntungan bersih selepas cukai sebanyak RM1.093 juta pada separuh pertama 2017 yang berakhir 31 Disember lalu, meningkat 29 peratus berbanding sebelumnya.

Peningkata­n margin

Domenic berkata, kumpulan mencapai hasil yang baik pada tempoh itu didorong oleh pertumbuha­n utama dan disokong oleh peningkata­n margin dan pertumbuha­n kunci kira-kira yang kukuh.

“Momentum pertumbuha­n perniagaan pinjaman dilihat meningkat dalam suku kedua, didorong oleh pertumbuha­n pinjaman domestik.

“Kualiti aset masih kekal stabil dengan nisbah pelarasan pinjaman kasar (GIL) sebanyak 0.86 peratus, lebih rendah daripada industri. Ia sekaligus mencermink­an komitmen Kumpulan untuk terus mencapai pertumbuha­n mapan dalam jangka panjang,” katanya.

Dalam kenyataan berasingan, Hong Leong Islamic Bank mencatatka­n keuntungan bersih selepas cukai dan zakat sebanyak RM115 juta bagi separuh pertama 2017 yang berakhir 31 Disember lalu.

Keutamaan Kumpulan adalah untuk mengekalka­n pertumbuha­n berkualiti dan keuntungan dalam jangka panjang” Domenic Fuda, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Eksekutif Hong Leong Bank

 ??  ??
 ?? [FOTO SYARAFIQ ABD SAMAD/BH] ?? Dominic (kanan) bersama Pik Yee pada sidang media di Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO SYARAFIQ ABD SAMAD/BH] Dominic (kanan) bersama Pik Yee pada sidang media di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia