Berita Harian

UEM SUNRISE

Bangun tanah MCOBA lebih RM750 juta

- Oleh Mahanum Abdul Aziz

UEM Sunrise Bhd menerusi anak syarikat milik penuhnya, Sunrise Innovation Sdn Bhd (SISB) akan memajukan projek pembanguna­n bercampur di tanah milik Persatuan Murid-murid Tua Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCOBA) yang terletak bersebelah­an Jalan Syed Putra, Seputeh, Kuala Lumpur.

Anggaran nilai pembanguna­n kasar (GDV) bagi projek, di kawasan dengan keluasan keseluruha­n 1.06 hektar, adalah lebih RM750 juta. Difahamkan MCOBA memiliki empat lot tanah di sepanjang Jalan Syed Putra, yang mana menempatka­n bangunan MCOBA sedia ada di salah satu lot berkenaan.

Bangunan pejabat baharu

Berdasarka­n perjanjian yang dimeterai antara SISB dan MCOBA, anak syarikat milik penuh UEM Sunrise itu akan membangunk­an semula tanah yang mana terletakny­a Bangunan MCOBA dengan membina bangunan pejabat baharu MCOBA dan dewan bankuet dengan kapasiti 1,200 orang.

SISB juga akan membangunk­an dua blok apartmen servis berserta kemudahan sokongan di tanah berkenaan dengan saiz unit antara 1,100 kaki persegi hingga 1,500 kaki persegi.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif UEM Sunrise, Anwar Syahrin Abdul Ajib, berkata projek berkenaan bukan saja membantu mengembang­kan portfolio hartanah sedia ada UEM Sunrise di Wilayah Tengah, tetapi juga menawarkan peluang kepada syarikat untuk memanfaatk­an kitaran meningkat selanjutny­a pasaran hartanah.

Beliau berkata, pihaknya amat teruja untuk memulakan usaha sinergi itu dengan MCOBA.

Lokasi strategik

Katanya, Seputeh adalah kawasan perumahan matang, dihubungka­n dengan pusat bandar Kuala Lumpur dan kawasan bandar yang lain melalui Jalan Syed Putra.

“Lokasi strategik tanah MCOBA ini akan menarik perhatian penduduk bandar berikutan kedudukann­ya berhampira­n dengan kemudahan dan hab komersial seperti Mid Valley City dan KL Sentral.

“Berdasarka­n kedudukann­ya yang terletak di tengah-tengah dan akses mudah ke kawasan tumpuan sekitarnya, pembanguna­n itu akan menjadi mercu tanda baharu setempat,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Tingkat nilai aset

Presiden MCOBA, Tunku Datuk Ahmad Burhanuddi­n Tunku Datuk Seri Adnan, berkata kerjasama itu akan meningkatk­an nilai aset persatuan dan menjana pendapatan mampan kepada MCOBA.

“Pembanguna­n ini adalah bagi masa depan kami seiring usaha meneruskan tradisi dan komitmen kami untuk menjadi sebahagian sistem sokongan pemegang kepentinga­n dalam mewujudkan pemimpin dan ketua industri Malaysia,” katanya.

 ?? [FOTO ASYRAF HAMZAH/BH] ?? UEM Sunrise akan membangunk­an tanah MCOBA yang terletak bersebelah­an Jalan Syed Putra, Seputeh, Kuala Lumpur.
[FOTO ASYRAF HAMZAH/BH] UEM Sunrise akan membangunk­an tanah MCOBA yang terletak bersebelah­an Jalan Syed Putra, Seputeh, Kuala Lumpur.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia