Berita Harian

AMMB tinjau jual syarikat pengurusan aset RM1 bilion

-

Holdings Bhd, kumpulan perkhidmat­an kewangan terkemuka negara, sedang mengkaji untuk menjual perniagaan pengurusan asetnya pada harga RM1 bilion, demikian mengikut sumber rapat perkara itu.

Pemberi pinjaman yang berpangkal­an di Kuala Lumpur itu kini sedang berunding dengan Credit Suisse Group AG mengenai penjualan berkenaan.

Mengikut laporan tahunan AMMB yang terbaharu, Amfunds Management Bhd memiliki aset bernilai RM36 bilion di bawah pengurusan­nya sehingga hujung Mac ini.

Pelupusan terbesar AMMB

Berdasarka­n data Bloomberg, jika penjualan itu berjaya dilaksanak­an, ia akan menjadi pelupusan aset terbesar bagi AMMB selepas ia bersetuju menjual semua kepentinga­nnya dalam Amlife Insurance Bhd dan Amfamily Takaful Bhd kepada Metlife Inc pada harga AS$249 juta pada 2013.

Sebarang perjanjian akan termasuk dalam pengambila­lihan firma kewangan Malaysia bernilai AS$2.7 bilion yang diumumkan dalam tempoh 12 bulan lalu, menurut data.

Wakil AMMB dan Credit Suisse tidak memberikan maklum balas kepada emel yang dihantar. Pemegang saham terbesar AMMB adalah Kumpulan Perbankan Australia dan New Zealand yang masing-masing memegang 24 peratus kepentinga­n.

AMMB mempunyai lebih 175 cawangan. Bloomberg

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia