Berita Harian

PSA, Geely kemuka bidaan beli pegangan PROTON

-

kereta Perancis, PSA Group dan pengeluar kereta China, Zhejiang Geely Holding Group Co sudah mengemukak­an bidaan untuk membeli pegangan ekuiti dalam PROTON Holdings Bhd, demikian mengikut sumber.

Rundingan masih awal, dengan bidaan dinilai dan dijelaskan, kata sumber yang tidak ingin dikenali.

Saiz sebenar pegangan yang akan dijual akan ditentukan selepas perbincang­an, kata sumber itu.

Jurucakap PSA berkata, syarikat itu masih dalam proses rundingan dan ingin untuk pergi lebih jauh dengan PROTON.

Wakil dari Geely enggan mengulas, sementara jurucakap PROTON tidak menjawab panggilan bagi mendapatka­n komen.

Pada 15 Februari lalu, DRB-HICOM Bhd dalam satu kenyataan berkata, ia akan memuktamad­kan dan mengumumka­n keputusan rakan strategik asing dalam separuh pertama tahun ini.

Bawa rakan asing

Pengeluar kereta nasional itu perlu membawa masuk rakan asing bagi membantu dalam penyelidik­an dan pembanguna­n sebagai sebahagian syarat yang dipersetuj­uinya bagi mendapatka­n pinjaman RM1.25 bilion tahun lalu.

PROTON juga memiliki pengeluar kereta sport British, Lotus Cars Ltd.

Bagi PSA, bidaan untuk PROTON datang pada ketika ia juga meninjau untuk mengambil alih jenama Opel dan Vauxhall milik General Motors Co.

Bagi Geely, membeli pegangan kawalan dalam pengeluar kereta Malaysia itu akan memberikan­nya kawalan terhadap PROTON dan Lotus Cars, yang terkenal dengan teknologi casis ringan, selepas ia membeli Volvo Cars pada 2010.

PROTON juga membeli teknologi enjin pada 2012 daripada PETRONAS, yang menaja pasukan Formula One Mercedes AMG Petronas.

Akhbar harian Perancis, Les Echos melaporkan PSA membuat tawaran kukuh untuk PROTON. Bloomberg

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia