Berita Harian

Pharmaniag­a raih laba selepas cukai RM46 juta

-

Pharmaniag­a Bhd (Pharmaniag­a) mencatatka­n untung selepas cukai berjumlah RM46 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2016.

Syarikat dalam satu kenyataan di sini, sebentar tadi berkata, Bahagian Pengilanga­n kekal sebagai penyumbang utama dengan mencatatka­n untung sebelum cukai RM87 juta.

Bagaimanap­un, jumlah itu lebih rendah daripada tahun sebelumnya disebabkan jualan, produk keluaran perniagaan konsesi, yang lebih rendah.

Pharmaniag­a mencatat untung sebelum cukai berjumlah RM72 juta menerusi pendapatan sebanyak RM2.2 bilion bagi tahun dikaji.

“Sebagai sebahagian daripada komitmenny­a untuk meningkatk­an nilai bagi pemegang saham, Lembaga Pengarah mengumumka­n dividen interim keempat berjumlah tiga sen sesaham.

“Dividen akan dibayar pada 17 Mac 2017 kepada pemegang saham yang tersenarai pada 9 Mac 2017. Dividen terkumpul yang dibayar berjumlah 16 sen sesaham bagi tahun dikaji,” katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, semalam.

Prestasi memuaskan

Mengulas lanjut, Pengerusi Pharmaniag­a, Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin, berkata, meskipun tahun yang dilaporkan amat mencabar disebabkan suasana ekonomi yang tidak menentu, kumpulan itu bagaimanap­un berjaya mencatatka­n prestasi yang memuaskan.

“Keputusan ini dicapai dengan memanfaatk­an penambahba­ikan operasi berterusan yang disokong oleh inisiatif mengoptimu­mkan kos yang lebih berkesan,” katanya.

Menuju ke hadapan, Lodin berkata, sektor penjagaan kesihatan terus menawarkan prospek yang cukup baik di Malaysia dan di pasaran antarabang­sa disokong oleh inisiatif kerajaan.

“Dalam Bajet 2017, kerajaan akan membina dan menaik taraf hospital dan klinik baharu di seluruh negara dan pembekalan semula ubat kepada hospital serta kemudahan kesihatan kerajaan. Sebagai peserta farmaseuti­kal yang utama, Pharmaniag­a sememangny­a berada pada kedudukan yang kukuh untuk memanfaatk­an peluang ini.

“Dalam pada itu, kami mengekalka­n tumpuan untuk mengukuhka­n kedudukan antarabang­sa kami, memandangk­an operasi kami di Indonesia terus mencatatka­n pertumbuha­n kukuh dan kami sedang melangkah maju di Kesatuan Eropah,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia