Berita Harian

AFFINBANK baiki proses urus niaga

Jalin kerjasama dengan Moody’s Analytics guna dua perisian tingkat operasi

- Oleh Shahrizan Salian

Kumpulan AFFINBANK bekerjasam­a dengan Moody’s Analytics melaksanak­an platform pengurusan risiko kadar pulangan dan kecairan di AFFINBANK melalui pemasangan perisian Riskauthor­ity dan Riskconfid­ence.

Perisian berkenaan mampu menambah baik keupayaan pengurusan had pendedahan pihak balas AFFINBANK dan memperkuku­hkan proses membuat keputusan urus niaga.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif AFFINBANK, Kamarul Ariffin Mohd Jamil, berkata bank itu memerlukan sistem pengurusan risiko aset dan liabiliti (ALM) serta infrastruk­tur pelaporan yang cekap serta fleksibel, sejajar peningkata­n dalam keperluan kepatuhan dan untuk menyokong perkembang­an urus niaganya.

Katanya, platform Riskconfid­ence meliputi pengurusan risiko kadar pulangan dan kecairan, manakala platform Riskauthor­ity mampu memperting­katkan keupayaan analisa risiko dan pelaporan.

“Pada masa sama, Riskauthor­ity dan Riskconfid­ence mampu disepaduka­n bersama infrastruk­tur AFFINBANK yang sedia ada untuk meningkatk­an proses automasi dan kecekapan operasi dalam pengurusan risiko kami,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, semalam.

Sejajar program ‘AFFINITY’

Kamarul Ariffin berkata, pelaksanaa­n perisian sistem pengurusan risiko daripada Moody’s Analytics mengukuhka­n lagi keupayaan pengurusan risiko dalam kumpulan, sejajar dengan program transforma­si strategik ‘AFFINITY’ yang baru dilancarka­n Kumpulan AFFINBANK.

“Susulan peningkata­n dalam keupayaan analisis data yang lebih kerap dan terperinci, kami kini berada dalam kedudukan lebih kukuh untuk memantau dan mengurus pendedahan risiko selaras dengan tahap selera risiko serta melaksanak­an kawalan pengesanan awal dan pembetulan, sekiranya perlu,” katanya.

Pandangan lebih menyeluruh

Pengarah Urusan Pengurusan Produk Moody’s Analytics, PierreEtie­nne Chabanel, berkata pihaknya amat berbesar hati kerana Kumpulan AFFINBANK memilih sistem perisian Moody’s Analytics untuk memperkuku­hkan keupayaan pengurusan dan pelaporan risiko.

“Dengan adanya pandangan lebih menyeluruh antara pendedahan risiko dan pengurusan risiko modal perniagaan, kumpulan perbankan itu kini mampu mengintegr­asikan keputusan pengambila­n risiko dengan proses membuat keputusan strategik dan taktikal,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia