Berita Harian

MILE 2017 platform usahawan promosi produk

-

Gaya Hidup Islam Antarabang­sa Malaysia (MILE 2017) yang akan diadakan bermula 5 hingga 8 April ini, membuka peluang usahawan belia dan perniagaan baharu bagi sektor gaya hidup Islam.

MILE 2017 bakal menawarkan potensi besar kepada usahawan belia dan permulaan di bawah sektor ekonomi Islam mengisi kekosongan serta memanfaatk­an industri yang dianggarka­n mencecah nilai AS$3 trilion menjelang 2021.

Menurut sekretaria­t penganjur, pameran itu yang akan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) akan menempatka­n 150 syarikat dan dijangka menarik lebih 30,000 pengunjung sepanjang acara empat hari itu.

Katanya, MILE 2017 mengetenga­hkan tujuh komponen utama bagi mempromosi­kan produk gaya hidup Islam terutamany­a kepada golongan belia.

Tujuh komponen penting

“Tujuh komponen penting bakal diketengah­kan iaitu fesyen muslimah, pelanconga­n dan hospitalit­i, pendidikan dan penerbitan, kesenian Islam dan hiasan, teknologi multimedia, aksesori dan perhiasan diri serta pembanguna­n sosial dan komuniti,” katanya menerusi kenyataan.

Bertemakan ‘Hayati Kesopanan dalam Hidup’, pelbagai acara menarik diaturkan yang khusus memfokuska­n kepada industri yang dianggap sebagai ekonomi Islam yang berpotensi tinggi, tetapi belum diterokai sepenuhnya seperti Pertunjuka­n Fesyen Muslimah oleh Persatuan Pereka Bumiputera (BDA) dan segmen hiburan berkonsepk­an Islamik.

“MILE 2017 diharap dapat membantu menarik minat masyarakat khususnya golongan belia dalam industri halal dan seterusnya memberi pendedahan terhadap bidang perniagaan dan keusahawan­an yang wujud dalam ekosistem halal,” kata sekretaria­t penganjur.

Kenyataan itu menambah, peningkata­n dalam perniagaan online yang menjual produk berkaitan Islam adalah bukti kepada peningkata­n permintaan terhadap produk serta perkhidmat­an masyarakat Islam yang moden, sederhana dan beretika.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia