Berita Harian

Financio dilancar akhir bulan depan

Sistem perakaunan termaju bantu usahawan, permudah urusan perniagaan

- CYBER BH

bahan jumlah usahawan mikro dalam pelbagai sektor dengan jumlah pekerja kurang daripada lima orang dan pulangan antara RM300,000 hingga RM500,000.

“Kebanyakan usahawan mikro adalah syarikat pemula yang sangat bergantung kepada kemudahan komputer awan dan teknologi bagi menguruska­n perniagaan serta mudah dilanggan secara bulanan.

“Kami akan mula memperkena­lkan sistem ini secara rasmi di Malaysia pada Mac berdasarka­n potensi di negara ini yang lebih besar bagi usahawan mikro, sebelum perluaskan ke Singapura dan pasaran serantau lain,” katanya dalam satu temu bual di Petaling Jaya, semalam.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Financio kini ditawarkan pada harga mampu milik bagi usahawan mikro iaitu serendah RM32.95 sebulan dengan pelbagai kemudahan perakaunan tanpa had dan bersepadu.

Bagaimanap­un, katanya, pengguna turut berpeluang melanggan pakej Financio percuma yang ditawarkan selama-lamanya dengan perkhidmat­an perakaunan yang lebih terhad sesuai dengan keperluan untuk syarikat pemula.

“Kami memahami dalam persekitar­an mencabar kini, usahawan lebih cenderung memperuntu­kkan perbelanja­an kepada sistem lain, walaupun mereka sebenarnya mengakui kepentinga­n pengurusan akaun yang cekap.

“Kami menekankan konsep berkembang bersama pelanggan, kerana mereka sentiasa terbuka untuk menaik taraf perkhidmat­an mereka pada bila-bila masa menerusi sistem perakaunan yang menepati keperluan dari perusahaan mikro sehinggala­h kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

“Lebih menarik, pengguna juga akan dihubungka­n dengan Financio Connect iaitu laman sosial yang menghubung­kan perniagaan mereka dengan perniagaan lain yang menggunaka­n Financio supaya mereka boleh berinterak­si dengan lancar atau bertukar maklumat,” katanya.

 ??  ?? Conway (kiri) semalam. bersama Pengarah Urusan Kumpulan Censof Holdings Bhd, Ameer Shaik Mydin di Petaling Jaya,
Conway (kiri) semalam. bersama Pengarah Urusan Kumpulan Censof Holdings Bhd, Ameer Shaik Mydin di Petaling Jaya,

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia