Berita Harian

MINYAK MENTAH

-

Harga minyak meningkat semalam selepas tukaran data menunjukka­n dana lindung nilai meletakkan rekod pertaruhan di Laut Utara dan minyak AS berikutan pengeluara­n OPEC mengetatka­n bekalan.

Kontrak hadapan penanda aras Brent naik 50 sen kepada AS$56.58 satu tong. Minyak mentah AS naik 50 sen pada AS$53.90, kenaikan sebanyak 0.5 peratis dalam sesi pendek pada Isnin lalu disebabkan oleh cuti umum AS.

Pengurus wang kini menangguhk­an jumlah kontrak hadapan Brent, menurut data oleh InterConti­nental Exchange kelmarin.

Ahli OPEC dan pengeluar lain yang tidak bernaung di bawah kumpulan itu pada November lalu telah bersetuju untuk mengurangk­an hasil kepada 1.8 juta tong sehari dalam usaha untuk menyelesai­kan lebihan global yang telah menekan harga minyak sejak lebih daripada dua tahun lalu.

Setakat ini, ahli OPEC masih patuh kepada perjanjian itu dan pengeluara­n semakin menurun dengan lebih ramai pelabur speku latif masuk ke dalam pasaran.

Brent dan minyak mentah AS telah melonjak ke paras tertinggi dalam julat dagangan terbaharu, mencetuska­n sedikit kebimbanga­n bahawa harga akan jatuh dengan cepat jika pelabur spekulatif itu meninggalk­an pasaran.

“Ini akan memanjangk­an dan meningkatk­an spekulasi dan ia akan menjadi punca kebimbanga­n,” kata penganalis­isi pelaburan di Phillip Futures, Jonathan Chan.

“Apabila masanya sudah tiba untuk pelabur spekulatif ini berundur, harga minyak mungkin akan kembali pulih,” katanya.

Walaupun petanda perjanjian OPEC masih kukuh, paras inventori masih tinggi di kebanyakan negara.

Inventori minyak mentah AS dan gasolin meningkat ke paras tertinggi minggu lalu susulan ki lang penapisan mengurangk­an hasil dan permintaan gasolin yang perlahan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia