Berita Harian

Prestasi serantau jejas pasaran

Aktiviti pengambila­n untung turut pengaruhi penyusutan FBM KLCI

- ULASAN PASARAN

Bursa Malaysia ditutup rendah semalam susulan pengambila­n untung dalam saham mewah dan turut seiring dengan sentimen lemah di bursa serantau.

Pada jam 5 petang, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berada pada 1,706.55, susut 6.03 mata daripada 1,712.58 ketika ditutup kelmarin, selepas dibuka 0.37 mata lebih tinggi kepada 1,712.95 pada jam 9 pagi.

Indeks itu bergerak antara 1,706.09 dan 1,719.76 sepanjang hari.

Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 552 berbanding 364, manakala 363 kaunter tidak berubah, 451 tidak diniagakan dan 23 yang lain digantung.

Jumlah dagangan, bagaimanap­un meningkat kepada 2.89 bilion unit bernilai RM2.36 bilion dari- pada 2.49 bilion saham bernilai RM2.22 bilion kelmarin.

Kenanga Research berkata, KLCI, ditutup di atas paras 1,710 semalam, telah menimbulka­n sedikit kebimbanga­n terhadap keadaan terlebih beli yang kukuh berdasarka­n Indeks Pengukuhan Relatif (RSI) dan petunjuk Stochastic yang menandakan pasaran saham berada dalam keadaan prestasi baik.

“Pada masa kami masih cende

kepada unjuran kenaikan dalam jangka sederhana, kami tidak menolak kemungkina­n indeks utama itu tidak banyak berubah susulan kenaikan kukuh dalam jangka terdekat,” menurut firma penyelidik­an itu dalam nota hari ini.

Sementara itu, peniaga berkata, bursa tempatan dipengaruh­i oleh aliran pasaran serantau yang masih tidak memberangs­angkan susulan kekurangan petunjuk dagangan memandangk­an pasaran saham Amerika Syarikat ditutup sempena cuti Hari Presiden pada Isnin.

Pada peringkat serantau, Hang Seng Hong Kong susut 182.45 mata kepada 23,963.63, Straits Times Singapura turun 5.49 mata kepada 3,091.20 dan Indeks Komposit Jakarta Indonesia kurang 18.30 mata kepada 5,340.99.

Antara saham wajaran tinggi, Petronas Chemicals turun 15 sen kepada RM7.33, Genting Malaysia susut 18 sen kepada RM5.20, IOI Corp kurang 12 sen kepada RM4.51, dan BAT merosot RM1.78 kepada RM49.30.

Bagi saham aktif, Metronic dan Sterling Progress masing-masing susut setengah sen kepada 8.5 sen dan 20.5 sen, manakala Dagang Nexchange menokok satu sen kepada 38.5 sen, dan warannya turut setengah sen kepada sembilan sen.

Antara saham rugi pula, Dutch Lady berkuranga­n 26 sen kepada RM54.44, KLK susut 24 sen kepada RM24.24 dan Aeon Credit merosot 22 sen kepada RM15.50.

Indeks FBM Emas kurang 26.28 mata kepada 12,026.96, Indeks FBMT 100 susut 23.10 mata kepada 11,706.33 dan Indeks FBM Emas Syariah menurun 25.07 mata kepada 12,520.13.

FBM 70 naik 41.87 mata kepada 13,926.59 dan Indeks FBM Ace melonjak 73.92 mata kepada 5,380.40.

Mengikut sektor, Indeks Perladanga­n merosot 67.28 mata kepada 8,005.95 dan Indeks Kewangan naik 1.51 mata kepada 15,065.27.

Indeks Perusahaan susut 13.41 mata kepada 3,278.69.

Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 2.02 bilion unit bernilai RM2.21 bilion daripada 1.84 bilion unit bernilai RM2.10 bilion kelmarin.

Pasaran ACE pula meningkat kepada 628.53 juta saham bernilai RM121.26 juta daripada 449.21 juta saham bernilai RM91.68 juta sebelum ini.

Jumlah dagangan waran pula sebanyak 232.82 juta unit bernilai RM28.85 juta berbanding 200.11 juta unit bernilai RM22.54 juta kelmarin.

Barangan pengguna menyumbang 126.67 juta saham diniagakan di Pasaran Utama, barangan perusahaan (275.559 juta), pembinaan (193.63 juta), perdaganga­n dan perkhidmat­an (1.04 bilion), teknologi (83.44 juta), infrastruk­tur (9.75 juta), SPAC (19.20 juta), kewangan (54.61 juta), hotel (404,600), hartanah (146.82 juta), perladanga­n (45.58 juta), perlombong­an (19,400), REIT (17.67 juta), dan dana tertutup (13,800).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia