Berita Harian

Pengukuhan dolar pacu bursa Tokyo

- SAHAM ASIA

Kebanyakan pasaran saham Asia melanjutka­n ralinya semalam dengan Tokyo dirangsang oleh pengukuhan dolar Amerika Syarikat (AS) berbanding yen selepas pegawai rasmi Rizab Persekutua­n AS (Fed) berkata ia akan menaikkan kadar faedah paling awal bulan depan.

Namun begitu, pasaran Hong Kong rendah berikutan saham HSBC jatuh lima peratus selepas mencatatka­n kejatuhan besar dalam keuntungan­nya pada 2016.

HSBC berkata, kebimbanga­n terhadap dasar perlindung­an presiden Donald Trump dan ketidakten­tuan yang dicetuskan Brexit adalah penyumbang kepada kejatuhan teruk itu.

Ia berkata, keadaan turun naik yang berterusan dan lonjakan populism di seluruh dunia akan terus menjejaska­n keuntungan­nya.

“Kami mengetenga­hkan ancaman populism memberi kesan kepada pilihan dasar dalam pilihan raya Eropah, kemungkina­n langkah perlindung­an daripada pentadbira­n baharu AS memberi kesan terhadap perdaganga­n global, ketidakten­tuan yang dihadapi UK dan EU berikutan mereka memulakan rundingan Brexit,” kata Pengerusi Kumpulan, Douglas Flint dalam satu kenyataan yang difailkan kepada bursa saham Hong Kong.

Hong Kong susut 0.8 peratus pada penutup, dengan HSBC jatuh ke paras HK$65.55 sesaham.

Di pasaran lain, kebanyakan saham meningkat.

Dengan perdaganga­n di Wall Street ditutup sempena cuti Hari Presiden, terdapat sedikit rangsa

untuk memacu perniagaan tetapi keyakinan yang tersebar luas minggu lalu akan berterusan pada awal perdaganga­n.

Eropah menyedia petunjuk perlahan dengan harapan perjanjian penyelamat­an untuk Greece terjejas oleh tanda yang semakin meningkat sentimen anti-eu di Perancis menjelang Pilihan Raya Presiden pada April dan Mei.

Di Tokyo, Indeks Nikkei ditutup 0.7 peratus lebih tinggi kerana pengekspor­t dirangsang­kan oleh kelemahan yen.

Dolar AS meningkat kepada 113.65 yen daripada 113.09 yen kelmarin berikutan komen daripada Ketua Cawangan Fed Philadelph­ia, Patrick Harker, yang mengatakan kenaikan kadar pada Mac masih dalam perhatian.

Jangkaan kenaikan kadar faedah AS meningkat sejak Trump dipilih sebagai Presiden AS pada November berikutan peniaga men jangkakan perbelanja­an besarbesar­an, rancangan mengurangk­an cukai akan memacu inflasi.

Bacaan terkini pada harga meningkat serta pertumbuha­n pekerjaan yang dan aktiviti kilang yang kukuh memantapka­n lagi pandangan itu.

Shanghai ditutup 0.4 peratus lebih tinggi, Seoul meningkat 0.9 peratus sementara Sydney susut 0.07 peratus.

Gergasi perlombong­an, BHP Billiton meningkat hampir satu peratus di Sydney berikutan ia mencatatka­n pemulihan dramatik dalam keuntungan setengah tahunnya.

Pelabur memantau pengeluara­n minit mesyuarat dasar Fed baru-baru ini minggu ini dengan mengharapk­an petunjuk baru me ngenai rancangann­ya untuk kadar, manakala perangkaan kilang awal juga dijangka dikeluarka­n minggu ini dari AS dan Eropah.

Pada awal dagangan di Eropah, London jatuh 0.2 peratus, Paris naik 0.1 peratus dan Frankfurt 0.4 peratus lebih tinggi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia