Berita Harian

Motif tradisiona­l penyeri beg tangan

-

Motif dan corak etnik sesuatu suku kaum yang diabadikan pada pakaian, beg tangan, aksesori dan sebagainya berupaya melangkah lebih jauh.

Ini dibuktikan ilham kreativiti usahawan beg tangan wanita dari Negeri di Bawah Bayu yang memperliha­tkan, motif tempatan bukan sekadar ‘nasi tambah’ dalam rekaan beg, bahkan layak diketengah­kan sebagai jenama yang boleh dibanggaka­n.

Bertemu pemilik Seri Elf Enterprise, Emily Jeneble, 36, pada Program Liputan Media di Sabah sempena Hari Kraf Kebangsaan 2017 (HKK 2017) di Kundasang, Sabah, barubaru ini, mata dijamu keunikan beg moden anyaman tangan gubahannya.

Produk beg dihasilkan daripada buluh poring berciri tahan lasak bukan saja laris di Keningau, tetapi turut memperoleh tempahan pelancong

Itali dan Jerman.

Mereka terpaut hati dengan serlahan motif tradisiona­l suku Dusun yang dipaparkan pada setiap beg sebelum disempurna­kan dengan ikatan anyaman lipan, mata punai, saling kawang dan tulang belut.

“Setiap motif menterjema­hkan asalusul dan kisah rakyat yang diwarisi turuntemur­un. Corak bulat misalnya mewakili bulan yang bersinar terang, selain beberapa pelambanga­n lain meliputi kepala lalat, rintik hujan dan pakupakis,” katanya.

Jahitan tangan eksklusif

Kepelbagai­an pilihan meliputi beg galas, beg selempang, beg genggam, tote, beg sandang dan sebagainya lebih menawan dengan serlahan berbilang rona seperti biru, hijau, coklat, merah dan lainlain.

 ?? [ FOTO ADIBAH AHMAD IZAM /BH ] ??
[ FOTO ADIBAH AHMAD IZAM /BH ]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia