Berita Harian

Busana praktikal untuk wanita bersolat

-

Sekembali ke tanah air selepas menunaikan ibadat haji pada September tahun lalu, Vie Shanti Khan mencetuska­n inspirasi koleksi pakaian bagi jenamanya Vhijrah.

Hasil kerjasama bersama pereka fesyen ternama, Putra Aziz dan Rizman Ruzaini, beliau tampilkan persalinan sedia pakai (RTW) wanita untuk solat.

Vie berkata, ia buah tangan untuk wanita Muslimah yang mahukan pakaian praktikal dan cantik untuk dibawa solat.

“Koleksi Vhijrah merangkumi jubah, tudung, niqab dan seluar. Ia diserikan dalam lapan padanan rona pastel, termasuk warna asas seperti putih sebagai kunci gaya bagi koleksi Vhijrah x Putra Aziz.

“Keselesaan menjadi keutamaan selain fleksibili­ti dalam pemakaian.

Ini bagi memastikan setiap aktiviti yang dilakukan ketika dalam pakaian ini, tidak terbatas dengan penggayaan yang rumit,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Fabrik satin yang boleh diregang menjadi material utama dalam koleksi terbabit.

Kebolehupa­yaan fabrik ini membolehka­n ia dibawa ke mana-mana saja dan dipakai dengan keseimbang­an gaya serta keselesaan maksimum.

Tatahan berlian

Koleksi Vhijrah Eksklusif x Putra Aziz diilhamkan Vie Shanti sendiri dan ia menampilka­n gaya muslimah moden yang gemarkan fesyen dalam penggayaan seharian.

Koleksi RTW ini adalah rangkaian universal yang dicipta untuk apa jua majlis, masa dan lokasi.

Vie Shanti berkata, terdapat 20 koleksi dan semua direka dengan penuh ketelitian, bercita rasa tinggi dan mementingk­an nilai eksklusif.

Lebih menarik, beberapa helaian dalam koleksi ini dilengkapi dengan tatahan berlian bagi menambah seri pada setiap rekaan.

Teknik pleated fabric trimming digunakan untuk memberi sentuhan semasa yang banyak digunakan oleh rumah fesyen mewah antarabang­sa.

Inspirasi puteri diraja

Koleksi Vhijrah x Rizman Ruzaimi pula adalah kolaborasi bersama dua pereka fesyen, Rizman Ruzaimi dengan membawa tema black label.

Diinspiras­i dari busana permaisuri dan puteri diraja Arab, menggunaka­n fabrik headed lace dan fancy lace bagi tampak mewah.

Sebanyak sepuluh koleksi rekaan eksklusif dengan panduan warna mewah seperti biru nilam, delima merah jambu dan beberapa warna padanan lain.

Menyemarak­kan lagi ilham mewah, beberapa helaian diserikan dengan tatahan berlian Swarovski.

Dicipta bagi mereka yang mahukan sesuatu lebih menyerlah.

 ?? [ FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM /BH ] ?? Vie Shanti (lima dari kiri) bersama pereka Rizman dan Ruzaini bekerjasam­a hasilkan koleksi Vhijrah.
[ FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM /BH ] Vie Shanti (lima dari kiri) bersama pereka Rizman dan Ruzaini bekerjasam­a hasilkan koleksi Vhijrah.
 ??  ?? direka untuk apa jua majlis, masa dan lokasi.
direka untuk apa jua majlis, masa dan lokasi.
 ??  ?? Koleksi black label
Koleksi black label

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia