Berita Harian

Lembaran baharu COS di Kuala Lumpur

-

jenama COS membuka kedai pertamanya di Pavilion Elite Mall, Kuala Lumpur, menandakan satu lembaran baharu untuk jenama terkenal dengan komitmenny­a mahu memperkena­lkan reka bentuk berfungsi yang berkualiti.

Berkeluasa­n hampir

500 meter persegi, ia menawarkan pakaian lelaki dan wanita, dari koleksi dinamik musim luruh serta sejuk 2016 dengan memfokuska­n pakaian hibrid yang menggabung­kan gaya klasik bersama eklektik menampilka­n warna hangat, nada organik dan busana melitupi badan.

Bahagian dalam kedai mencermink­an reka bentuk estetik COS iaitu garis bersih dan unsur semula jadi. Selain menampilka­n ruang tamu dengan perabot dari abad pertengaha­n rekaan pereka moden.

Aliran terkini

Pengarah Urusan COS, Marie Honda, berkata ia adalah langkah untuk mengembang­kan jenama COS di Malaysia, Asia dan seluruh benua dalam memperkena­lkan busana berkualiti pada gaya moden namun masih mengikuti aliran terkini.

”Kami gembira mengumumka­n perasmian kedai pertama kami di Kuala Lumpur yang dijadikan peringkat menyeronok­kan dalam pengembang­an kami di Asia dan berharap untuk terus berkembang di pasaran pada masa akan datang,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Reka bentuk dalaman butik COS tampak moden.
Reka bentuk dalaman butik COS tampak moden.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia