Berita Harian

Niqab tak halang Ruselawati berlari

Minat tidak pernah padam, maraton pupuk azam dan semangat tinggi

-

Berlari bukan sekadar untuk kesihatan, tetapi memberi kepuasan kepada dirinya.

Bagi Ruselawati Abu Hassan atau lebih mesra disapa dengan panggilan Kak Ngah, dia menggemari aktiviti larian ini secara serius sejak dua tahun lalu selepas menyertai Team Malaysia Fun Run 2015.

“Saya mula meminati aktiviti berlari sejak sekolah lagi. Emak dan bapa tak suka, sebab mereka nak saya bagi tumpuan dalam pelajaran,” katanya.

Menghormat­i larangan ibu dan bapanya membuatkan beliau melupakan impian untuk menjadi pelari maraton atau jarak jauh.

Namun, minatnya dengan aktiviti larian tidak pernah padam.

Apabila mendapat kerja dan kini mendirikan rumah tangga, hobi berlari menyala semula dan kekal hingga hari ini.

Berkongsi keseronoka­n

Berkongsi keseronoka­n dengan aktiviti itu, Ruselawati berkata, beliau menekankan sesiapa sahaja boleh berlari sekiranya mempunyai minat dan azam yang kuat.

“Sesiapa sahaja yang sihat sebenarnya boleh berlari, malah aktiviti ini juga akan membuatkan kita ketagih bila dijadikan rutin.

“Menyertai pertanding­an larian seperti maraton atau mini maraton mengajar kita untuk mempunyai semangat dan keazaman yang tinggi. Sekurang-kurangnya berazam untuk menghabisk­an larian dalam jarak dan masa yang ditetapkan.

“Banyakkan bergaul dengan pelari lain untuk dapatkan tip serta kongsi pengalaman untuk dijadikan panduan,” katanya.

Menyedari kemampuan dan minatnya dengan aktiviti larian, Ruselawati pernah menyertai maraton di dalam dan luar negara seperti di Bali, Jakarta, Yogjakarta dan Singapura.

Kebanyakan maraton disertai secara sendirian dan beliau gunakan peluang yang ada untuk melihat serta membanding­kan cara penganjura­n di sana.

“Lain tempat, lain perasaanny­a dan saya juga dapat menambah pengalaman dan kawan-kawan baharu yang berkongsi minat sama,” katanya.

Aktiviti larian hujung minggu pula mendapat sokongan rakan-rakan laman sosial Facebook yang berkumpul untuk menyertai latihan jarak sederhana sejak Oktober tahun lalu.

“Saya akan muat naik status program larian perlahanja­rak jauh,

LSD (long, slow distance) hujung minggu yang akan berlangsun­g dan bulan lalu saja, seramai 32 orang sudah menyertain­ya,” katanya.

Eratkan silaturahi­m

Walaupun dilihat sebagai hobi, tetapi aktiviti yang dilakukan itu dapat mengeratka­n hubungan antara komuniti pelari, sekali gus meluaskan lagi silaturahi­m antara satu sama lain.

Ruselawati mengakui betapa beliau bersyukur kerana suaminya yang sentiasa memberi sokongan terhadap aktiviti yang diminatiny­a.

“Apabila ada aktiviti larian, suami akan memandu perlahan. Kami akan menghulurk­an air minuman kepada pelari, rawat mereka yang cedera dan menumpangk­an pelari yang sudah tidak larat untuk meneruskan larian.

“Ini adalah aktiviti yang dijalankan dan saya juga kemudianny­a akan berlari bersama mereka,” katanya.

Selain ingin meningkatk­an stamina, sekali gus mengekalka­n kesihatan, beliau mengakui, aktiviti ini juga dapat membantu mengurangk­an berat badan seterusnya menghilang­kan insomnia yang dihidapiny­a sejak sekian lama.

Tubuh mula ringan

“Sebelum ini berat badan memang naik, tetapi selepas lari secara konsisten, tubuh badan mula ringan dan rasa lebih cergas, malah tidur malam lebih lena. “Selalunya, saya akan

reward diri dengan membeli kasut larian yang berkualiti tinggi. Selain itu, kini saya hanya suka melihat dan membeli pakaian sukan baharu untuk dipakai semasa latihan,” katanya.

Berniqab bukan menjadi penghalang buat wanita ini untuk membabitka­n diri dalam dunia larian yang menjadi hobinya sejak remaja.

Ruselawati menegaskan niqab bukan menjadi penghalang untuk beriadah dan melakukan aktiviti yang disukainya itu.

Beliau yang mengenakan niqab sejak empat tahun lalu tidak menafikan, ramai yang memandangn­ya dengan rasa kehairanan, tetapi beliau tetap fokus dengan aktiviti lariannya.

“Jujur cakap, memang ada saja mata-mata yang memandang pelik.

“Selalunya saya akan buat tak tahu saja kerana niat diri cuma satu, iaitu mengekalka­n kesihatan dengan berlari.

Diterima baik oleh rakan-rakan

“Saya akan buang segala pandangan negatif dan kekal fokus dengan hanya mengambil kira kata-kata positif temanteman,” katanya.

Bagaimanap­un, rakan atau kenalan yang sudah mengenali dan biasa bersamanya, sudah tidak ambil kisah dengan penampilan­nya, malahan mereka turut menerima serta memberi sokongan dengan cara beliau berpakaian.

Ruselawati berkata, rakan-rakannya memaklumka­n hanya beliau sahaja niqabis runner yang aktif ketika ini.

“Saya sendiri tidak tahu, tapi ramai yang cakap hanya saya sahaja pelari berniqab yang mereka temui setakat ini.

“Saya sendiri tidak berdepan sebarang masalah dengan cara pemakaian, asalkan selesa untuk berlari,” katanya.

Saya akan buang segala pandangan negatif dan kekal fokus dengan hanya mengambil kira kata-kata positif teman-teman” Ruselawati Abu Hassan, Pelari maraton

 ??  ?? Kak Ngah bersama kumpulan yang menamatkan LSD
di hentian R&R Genting Sempah, baru-baru ini.
Kak Ngah bersama kumpulan yang menamatkan LSD di hentian R&R Genting Sempah, baru-baru ini.
 ??  ?? Niqab tidak menghalang Kak Ngah melakukan aktiviti maraton yang diminati sejak di bangku sekolah lagi.
Niqab tidak menghalang Kak Ngah melakukan aktiviti maraton yang diminati sejak di bangku sekolah lagi.
 ??  ?? Kak Ngah ketika menyertai Maybank Bali Marathon Ogos tahun lalu.
Kak Ngah ketika menyertai Maybank Bali Marathon Ogos tahun lalu.
 ?? [ FOTO MUHAMAD SHAIFULLAH TAYEP / BH ] ?? Kak Ngah berbual bersama rakan yang menyertai latihan LSD yang bermula dari Gombak ke R&R Genting Sempah.
[ FOTO MUHAMAD SHAIFULLAH TAYEP / BH ] Kak Ngah berbual bersama rakan yang menyertai latihan LSD yang bermula dari Gombak ke R&R Genting Sempah.
 ??  ??
 ??  ?? Kak Ngah bersama suami dan anaknya menyediaka­n minuman dan roti krim untuk pelari yang menamatkan larian LSD.
Kak Ngah bersama suami dan anaknya menyediaka­n minuman dan roti krim untuk pelari yang menamatkan larian LSD.
 ??  ?? Bergambar selepas tamat larian Asics Penang Bridge Internatio­nal Marathon 2016.
Bergambar selepas tamat larian Asics Penang Bridge Internatio­nal Marathon 2016.
 ??  ?? Bersama rakan yang turut menyertai larian.
Bersama rakan yang turut menyertai larian.
 ??  ?? Kak Ngah menyertai larian di Kuala Kangsar.
Kak Ngah menyertai larian di Kuala Kangsar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia