Berita Harian

Tertekan berjauhan daripada keluarga

-

Tahniah kerana Naszun sudah mendapat pekerjaan tetap walaupun terpaksa berhijrah ke Sarawak dan berjauhan daripada keluarga. Pengorbana­n Naszun pasti akan memberi banyak erti dan manfaat dalam kehidupan berbanding rakan yang masih belum mendapat kerja.

Oleh itu, Naszun haruslah bersyukur dengan rezeki dan peluang yang ada.

Perasaan rindu terhadap keluarga itu apabila berjauhan daripada keluarga adalah lumrah dalam kehidupan. Masalah itu memerlukan masa untuk diatasi. Tidak salah untuk kerap pulang ke kampung lebih-lebih lagi apabila ada perkhidmat­an tambang murah di negara kita.

Cuma, Naszun harus bijak mengagihka­n perbelanja­an supaya tindakan sering pulang ke kampung tidak merugikan Naszun. Tindakan berhenti kerja dan mencari kerja baharu bukanlah pilihan terbaik, sebaliknya Naszun perlu mengubah cara berfikir dan berusaha menyesuaik­an diri dengan keadaan sekarang.

Kawal emosi

Jangan sia-siakan peluang bekerja meskipun jauh daripada keluarga kerana bukan mudah untuk mendapat pekerjaan dalam keadaan ekonomi yang amat mencabar ini.

Isu kerinduain ini sebenarnya adalah mainan emosi atau perasaan.

Emosi boleh dikawal dengan akal fikiran dengan melakukan aktiviti yang memenuhi rangsangan kognitif.

Oleh itu, Naszun perlu bijak mengendali­kan emosi sebelum keadaan ini memberi kesan negatif kepada perkembang­an kerjaya Naszun.

Antara faktor yang menyumbang kepada isu ‘kerinduan’ ialah tahap adaptasi atau penyesuaia­n diri dengan persekitar­an baharu, aktiviti yang dilakukan ketika masa senggang dan sokongan sosial yang rapat. Di dalam hal ini, Naszun haruslah belajar menyesuaik­an diri dengan persekitar­an.

Mungkin Naszun boleh mula membina hubungan dengan rakan kerja yang mempunyai minat yang sama dan boleh dijadikan rakan yang boleh membawa Naszun ke tempat yang menarik di Kuching.

Belajar sesuaikan diri dengan persekitar­an

Naszun juga boleh menyediaka­n jadual aktiviti yang boleh dilakukan pada hari minggu. Aktiviti seperti ini dapat membantu Naszun menyesuaik­an diri dengan suasana baharu lebih cepat.

Sebenarnya banyak manfaatnya jika Naszun bekerja jauh daripada keluarga, lebih-lebih lagi di tempat yang mempunyai banyak pusat peranginan dan tempat bersejarah untuk dilawati. Naszun bukan sahaja boleh belajar berdikari, malah boleh mula menyimpan wang untuk membawa ibu bapa dan adik-beradik melancong ke Kuching apabila musim cuti sekolah. Hal ini pasti akan menggembir­akan keluarga seterusnya membina semangat bagi Naszun untuk bekerja dengan penuh dedikasi.

 ?? [GAMBAR HIASAN ] ??
[GAMBAR HIASAN ]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia