Berita Harian

Ah In tunda lagi latihan tentera kerana kanser

-

Pelakon, Yoo Ah In dilaporkan menghidap penyakit kanser tulang selepas menjalani pemeriksaa­n kesihatan sebagai persediaan untuk memasuki latihan ketenteraa­n yang diwajibkan terhadap anak muda di Korea Selatan.

Menerusi kenyataan rasmi agensinya, UAA Entertainm­ent, aktor berusia 30 tahun itu terpaksa menundakan kemasukann­ya ke kem berkenaan selepas pakar perubatan mengesahka­n perkara terbabit.

Sudah pasti ia menimbulka­n kejutan bukan hanya kepada peminat, malah bintang drama bersiri dan filem itu yang selama ini tidak dapat mengesan keadaannya.

Pada masa sama, pakar perubatan masih menjalanka­n pemeriksaa­n terperinci bagi memastikan keadaannya, malah pihak pengurusan kem ketenteraa­n juga mengesahka­n perkara itu.

Sengaja cari alasan

Begitupun, ketika ramai terkejut menerima perkhabara­n menyedihka­n itu, segelintir pihak pula memberikan komen berbeza dengan mengatakan Ah In sengaja mencari alasan untuk menundakan latihan yang perlu dilalui.

Masing-masing mengimbas semula insiden yang berlaku pada tahun lalu apabila beliau tidak dapat mengikuti latihan wajib berkenaan disebabkan kesan kecederaan bahu ketika penggambar­an filem Tough As Iron pada 2013.

 ??  ?? Yoo Ah In
Yoo Ah In

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia