Berita Harian

Filem Tollywood didakwa ciplak lagu EXO

-

Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba peminat EXO meluahkan perasaan marah menerusi laman sosial dengan mendakwa sebuah filem Tollywood menciplak dua lagu kumpulan kesayangan mereka untuk melatari produksi berkenaan.

Mereka mendakwa, filem Telugu berjudul Kannaya mencuri dan menukar lirik dendangan asal kumpulan K-pop itu kepada bahasa mereka, tanpa mendapatka­n keizinan terlebih dulu.

Filem berkenaan dikatakan diterbitka­n di Hyderabad dan perkara terbabit disedari seorang pendengar setia lagu EXO berasal dari India. Katanya, dua karya ialah milik EXO, manakala satu lagi single LC9.

Belum ada maklum balas

Peminat itu mengatakan, lagu diberikan tajuk Dhamkimar ialah karya plagiat daripada single yang menjadikan EXO popular, Growl. Lagu itu diterbitka­n pada 2013.

Sebuah lagi lagu adalah

single berentak balada yang dimuatkan dalam album sulung mereka, Baby Don’t Cry. Bagi karya milik LC9, lagu Mama Iragadheei daripada filem itu diubah daripada

single Mama Beat.

Namun, di sebalik suara ramai yang menuntut pihak berkaitan meminta maaf, belum ada wakil daripada syarikat produksi terbabit memberikan sebarang maklum balas.

 ??  ?? EXO
EXO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia