Berita Harian

Jae Hyun makan sekali sehari

-

Kehidupan sebagai aktor membuatkan jadual Ahn Jae Hyun sentiasa sarat, namun beliau mengakui masih mempunyai waktu untuk melakukan aktiviti diminatiny­a.

Begitupun, bekas model itu masih meletakkan kesihatan sebagai keutamaan dengan mengambil makanan yang perlu, selain melakukan senaman bagi mengeluark­an peluh.

Pada masa sama, menerusi episod baharu

2, ramai peminat tertanya-tanya mengenai rutin pengambila­n makanannya apabila selebriti itu dilihat makan dalam kuantiti sedikit.

Rutin diet ekstrem

Enggan mengelak, Jae Hyun mendedahka­n, kebiasaan ketika menjadi model dulu, dia mengikuti diet ekstrem membuatkan­nya sudah terbiasa mengambil makanan sedikit.

“Saya perlu melalui rutin yang ketat untuk memastikan berat badan saya tepat sebagai model. Saya makan sedikit saja dan hanya makan sekali dalam sehari. Saya juga perlu pastikan jumlah kalori diambil tidak berlebihan,” katanya.

Begitupun, suami Goo Hye Sun kini lebih terbuka dalam soal diet, apatah lagi isterinya sering mengingatk­an supaya tidak lagi mengamalka­n diet melampau, sebaliknya mengambil makanan sihat.

 ??  ?? New Journey To The West Ahn Jae Hyun
New Journey To The West Ahn Jae Hyun

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia