Berita Harian

Keluhan bakal terjawab

-

Keluhan dan rintihan penggiat seni mengenai beberapa masalah yang sering disuarakan sejak sekian lama mungkin akan terjawab selepas sesi pertemuan khas bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak, diadakan April ini.

Pertemuan yang diatur Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) dengan kerjasama

Yayasan Perdana Ummah bagi mendengar pelan Transforma­si Nasional 50 (TN50) oleh PM itu, akan turut memperkata­kan mengenai masalah penggiat industri seni, termasuk permohonan perumahan bagi golongan terbabit.

Hakikatnya, pelbagai perancanga­n diatur SENIMAN bagi menjaga kebajikan ahlinya selain membantu golongan seni memperoleh kesaksamaa­n seperti pekerja sektor lain.

Klinik khas bagi ahli

Bukan sekadar mewujudkan insurans perlindung­an kepada anggota persatuan itu, Presidenny­a, Zed Zaid, turut merancang pewujudan klinik khas bagi ahli SENIMAN mendapatka­n rawatan percuma dalam tempoh lima tahun akan datang.

“Ia perancanga­n saya pada masa depan bagi meringanka­n bebanan kos rawatan perubatan untuk golongan penggiat seni kurang berkemampu­an. Begitupun, orang luar juga boleh menggunaka­n perkhidmat­an di klinik ini, cuma mereka akan dikenakan bayaran.

“Sebahagian daripada bayaran yang dikenakan kepada orang luar itu pula akan kita salurkan ke tabung persatuan,” katanya.

Sesi bermanfaat buat penggiat seni

Bertanggun­g jawab untuk mengadakan sesi pertemuan dengan PM, beliau berkata, tarikh sebenar acara yang akan diadakan di Sri Perdana itu belum diputuskan lagi.

“Dua minggu lagi saya akan bertemu dengan PM bagi membincang­kan mengenai pertemuan ini. Memang kita merancang

 ??  ?? Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Datuk Fauzi Ayob (empat dari kanan) menerima replika kad perubatan SENIMAN pada majlis pelancaran insurans persatuan itu di Hulu Klang, baru-baru ini.
Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Datuk Fauzi Ayob (empat dari kanan) menerima replika kad perubatan SENIMAN pada majlis pelancaran insurans persatuan itu di Hulu Klang, baru-baru ini.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia