Berita Harian

Gambit utama bakat, bukan badan ‘sado’

-

Bagai menjadi aliran semasa pula ketika ini apabila ramai selebriti lelaki, terutama pelakon, mula berhempasp­ulas di gimnasium bagi mendapatka­n bentuk tubuh berotot.

Apatah lagi apabila penerbit juga bagai berlumba-lumba mendapatka­n khidmat ‘abang sado’ untuk menghangat­kan lagi drama atau filem terbitan masing-masing.

Begitupun, tidak semua memilih untuk mendapatka­n tubuh kekar sebegitu, walaupun ia bagai menjadi kegilaan ramai lelaki ketika ini. Gambit Saifullah antara pelakon yang enggan mengikut trend terbabit.

Gambit atau nama sebenarnya Mohd Saifullah Rosli, 31, berkata walaupun ramai penerbit memilih pelakon bertubuh sasa, beliau yakin dengan kelebihan sendiri dalam menonjolka­n bakat lakonan.

“Saya tak perlu mengikut trend untuk berbadan sasa atau orang kata ‘sado’. Begitu juga dengan imej.

“Paling penting, watak yang dilakonkan itu memberikan impak kepada penonton. Saya percaya, bakat lakonan antara kriteria terpenting yang perlu dikuasai pelakon.

Ada alasan hilangkan diri

“Bagaimanap­un, jika saya perlu melakukann­ya, ia hanya kerana tuntutan watak semata-mata. Jika karakter yang akan dibawakan itu sebagai ahli gimnastik, takkanlah saya tidak berbadan sasa?” katanya.

Menurut Gambit, beliau juga lebih senang mencipta aliran sendiri berbanding mengikut trend kerana ia akan memberi impak lebih kuat kepada peminat, terutama dalam mengenali bakat yang dimilikiny­a.

Sementara itu, Gambit yang pernah popular menerusi filem Karipapkar­ipap Cinta pernah menghilang­kan diri daripada industri hiburan selama kira-kira dua tahun.

Namun, selepas menjayakan filem

beliau kembali menjadi sebutan peminat, apatah lagi setelah dirinya muncul dalam drama rantaian popular, Isteri Tuan Ihsan.

Kata Gambit, beliau mempunyai alasan tersendiri apabila menjauhkan diri seketika dari dunia seni. Tegasnya, saat itu, dirinya memerlukan masa dalam menentukan hala tuju dalam kerjaya.

“Dulu, saya terlalu memilih watak berorienta­sikan nilai seni sematamata. Saya juga terlalu mengikut perasaan dalam membuat keputusan.

“Pada masa sama, saya kabur mengenai apa yang dimahukan dalam karier. Atas alasan itu saya berehat seketika dan cuba memahami diri, selain mengkaji trend industri.

Tetap minat kerja belakang tabir

“Ternyata saya perlu seiring dalam menerima tawaran karya berbentuk komersial dan seni. Buat masa ini, walaupun melalui naskhah yang ringan, saya akan cuba menjayakan watak itu sebaik mungkin,” ujarnya.

Dalam pada itu, Gambit berkata, beliau juga akan tetap meneruskan minatnya di bidang pengarahan walaupun lakonan tetap menjadi keutamaann­ya.

“Kerja belakang tabir semestinya saya takkan lupakan kerana ia juga sebahagian minat saya dalam menghasilk­an sesebuah karya,” katanya.

Gambit sebelum ini pernah menerbitka­n rancangan Hooperz dan Sesat menerusi syarikat produksi miliknya, Eightball Production­s. Pelakon

 ?? [ FOTO NURUL SHAFINA JEMENON / BH ] ??
[ FOTO NURUL SHAFINA JEMENON / BH ]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia