Berita Harian

Waspada jalin persahabat­an

Penyampai Kool FM cuba jauhi individu miliki aura negatif

-

Semua orang tahu hidup penyampai stesen radio Kool FM, Haiza, berubah 360 darjah selepas menyertai musim kedua program realiti, Gegar Vaganza (GV2), kirakira dua tahun lalu.

Selepas 20 tahun menjadi artis dengan pelbagai kisah suka-duka dunia seni dirasai, Haiza mula ‘menuai’ hasil titik peluh pengorbana­nnya.

Mensyukuri rezeki yang diberi, Haiza atau nama sebenarnya, Rohaizah Nordin, 36, percaya nikmat yang hadir bukanlah ‘tiket’ untuk dirinya alpa, jauh sekali berbangga diri.

Namun, adat manusia, tidak semua orang berhati mulia. Melihat Haiza tibatiba diulit kejayaan satu persatu, ada saja mata yang memandang penuh prasangka, tidak kurang juga yang cemburu dengan kejayaan diraih anak jati Benut, Pontian, Johor, ini.

Hati-hati susun langkah

Mendekati si empunya diri, Haiza mengaku peluang kedua yang datang menuntutny­a lebih berhati-hati dalam mengatur langkah dan perancanga­n masa depan termasuk dalam berkawan.

Mengenang detik hitam dalam bertatih mencari tapak, Haiza mengaku ada insan mengambil kesempatan dan bertindak di luar batasan hingga dirinya ibarat ‘jatuh terduduk’.

“Cabaran memang banyak dan ia juga takkan berhenti. Orang depan kita nampak manis, segala-galanya indah. Tetapi di belakang kita, hanya Tuhan yang tahu.

“Semakin kita ke depan, semakin ada yang tidak sukakan kita. Saya sendiri sedar dan tahu perkara ini. Kalau saya kongsi cerita ini pun, dia pasti terasa,” katanya meluahkan perasaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia