Berita Harian

Rahmat peluang kedua

-

Tak senang hati

Haiza mengaku dirinya perlu membuat saringan dalam berkawan dan cuba menjauhi individu yang mempunyai aura negatif.

“Saya bersyukur diberi kesempatan untuk mengesan ada individu yang tidak senang dengan apa yang kita kecapi. Jadi, situasi ini membuatkan saya lebih kebal untuk melindungi diri.

“Dalam hal ini, saya tidak perlu membuktika­n apa-apa atau kepada sesiapa kerana apa saja yang saya lakukan, pasti dilihat negatif saja.

“Orang seperti ini memang tidak mahu melihat saya terus ke depan. Sikap manusia, dengki dan cemburu pasti ada. Saya pula berharap tak terus larut dengan hal begini,” katanya.

Kongsi rezeki dengan insan tercinta

Akui Haiza, beliau bersyukur kerana keluarga, peminat, majikan dan rakan media terus memberi sokongan tanpa bersikap prejudis.

“Orang hanya nampak kita gembira saja. Tetapi apabila susah, biarlah saya pendam sendiri. Selama ini pun, saya bergelut turun naik membuktika­n bakat yang ada. Saya tak gentar. Saya jadi lebih kuat dengan sokongan insan tercinta.

“Saya ada suami, anak, ibu bapa dan kelab peminat, Haiza Troopers, serta rakan media yang terus positif berdiri di belakang. Mereka yang bersikap positif inilah yang perlu saya dekati,” katanya.

Sekadar hendak menjatuhka­n

Haiza menyifatka­n kehadiran tahun baharu menjadikan dirinya selektif dalam berkawan.

“Lumrah ada manusia yang pijak semut pun tak mati di depan kita. Golongan ini sebenarnya hanya hendak menjatuhka­n, bukannya nak melihat kita maju ke depan,” katanya.

Peluang kedua untuk dirinya menyinar kembali juga dianggap rahmat hidup yang tidak mahu dipersiaka­n.

“Tiada tiket mudah untuk saya berada pada tahap ini. Rakan media yang kenal saya pasti tahu pergelutan dilalui.

“Namun, saya percaya, kita tidak boleh mengagak bila Allah akan berikan kita semua rezeki ini. Kita juga belum tahu bila lagi akan menikmati detik yang sama. Jadi saya rebut saja peluang dan kemanisan yang datang ini,” katanya.

Haiza turut berpegang kepada ketetapan, rezeki yang diperoleh adalah untuk dikongsi bersama ibu bapa, suami dan anak-anak.

Kekal cantik demi peminat

Meneruskan survival sebagai anak seni, Haiza percaya ada pelaburan yang perlu dibuat dalam menjaga penampilan dan kecantikan diri.

“Jaga badan dan kekal cantik sudah menjadi keperluan artis. Saya sudah melalui situasi kerjaya naik turun.

“Macam badan saya jugalah, sekejap naik, sekejap lagi turun. Selepas melahirkan anak pada tahun 2012, saya memang menghadapi masalah berat badan.

“Dulu saya macam tak ambil peduli perihal ini, dan saya hanya bersikap sambil lewa. Selepas difikir semula, industri hiburan memang mahukan kita sentiasa cantik.

“Jika peminat sanggup melaburkan wang dan apa saja untuk kita, kenapa tidak kita laburkan sedikit untuk kekal cantik?” katanya.

Tidak sempat makan malam

Berkongsi rahsia kecantikan, Haiza mengaku dirinya kuat mengamalka­n diet.

“Namun, ia bukanlah diet cara military yang diamalkan sesetengah orang. Seiring dengan pertambaha­n beban kerja, ada masanya hendak makan malam pun tak sempat.

“Ia sedikit sebanyak membantu saya menurunkan berat badan. Kalau dulu, makan malam sudah menjadi tabiat, jadi manalah berat badan tak naik.

“Sekarang, apabila penat bekerja, suami ajak makan malam pun ditolak. Jadi, selalunya, pada sebelah malam, saya hanya minum dan tidur,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia