Berita Harian

Kajian kualiti air

Eksperimen dilakukan untuk siasat tahap pencemaran air daripada pelbagai sumber

- Puncak Alam Oleh Mohd Khairul Anam Md Khairudin

Tidak dinafikan pembuangan sisa industri seperti sisa organik dari kawasan pertanian dan sisa kimia bertoksik dari industri memberi kesan negatif terhadap ekosistem kerana penguraian sisa organik menyumbang kepada penguranga­n kepekatan oksigen di dalam air.

Malah, sampah sarap yang tidak terbiodegr­adasi akan menghalang cahaya matahari daripada sampai kepada tumbuhan akuatik dan mengancam kehidupann­ya.

Ketua Panitia Biologi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Puncak Alam, Selangor, Puan

Siti Azian Azrol Nasoha Bujang, berkata adalah penting untuk pelajar memahami dengan jelas kesan daripada pencemaran air khususnya dalam memulihara alam sekitar.

Beliau berkata, topik kesembilan dalam subjek biologi Tingkatan Empat itu mendedahka­n pelajar berhubung kajian terhadap kualiti air tercemar melalui ujian metilena biru yang dijalankan di dalam makmal.

Ujian metilena biru

Katanya, ujian berkenaan bertujuan melihat tahap keperluan oksigen biokimia (BOD) iaitu untuk menguji tahap kandungan oksigen terlarut di dalam air.

“Eksperimen yang kami jalankan ini adalah untuk menyiasat tahap pencemaran air daripada pelbagai sumber air iaitu air kolam, sungai dan perigi sekitar kawasan Puncak Alam.

“Objektifny­a adalah untuk mentafsir data, membuat inferens berkaitan punca pencemaran dan mengenal pasti nilai BOD pada setiap sampel air itu sendiri,” katanya kepada BH SKOR, di sini, baru-baru ini.

Puan Siti Azian berkata, pendekatan berkesan juga penting untuk menggalakk­an minat pelajar mempelajar­i topik berkenaan termasuk menerusi tayangan video, kajian makmal, dan pembentang­an secara berkumpula­n.

Penapis air mudah

“Pelajar kami telah mencipta satu inovasi alat uji kaji yang dinamakan penapis air mudah iaitu selari dengan konsep yang diketengah­kan penapis air yang terdapat di dalam pasaran.

“Tempoh masa maksimum yang diperlukan untuk mendapatka­n keputusan sesuatu eksperimen itu adalah selama satu jam bergantung kepada sampel sumber air itu,” katanya.

Sesi pengajaran dan pembelajar­an (PDP) di dalam makmal turut menerapkan konsep pembelajar­an abad ke-21 (PA

21) ke arah menggalakk­an minat dan keseronoka­n pelajar mempelajar­i sesuatu topik dengan sebaiknya.

 ?? [ FOTO NURUL SHAFINA JEMENON /BH ] ?? Pelajar mendapatka­n penerangan daripada Puan Siti Azian mengenai eksperimen dijalankan dalam makmal.
[ FOTO NURUL SHAFINA JEMENON /BH ] Pelajar mendapatka­n penerangan daripada Puan Siti Azian mengenai eksperimen dijalankan dalam makmal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia