Berita Harian

Cabar kebolehan sendiri

Kerenah, ragam pelajar latih Badrul Aqmar membentuk diri sebagai pemimpin

- Oleh Mohd Khairul Anam Md Khairudin

Kuala Lumpur menjadikan diri saya lebih berdisipli­n khususnya dalam mematuhi setiap peraturan ditetapkan di sekolah. Buktinya, walaupun saya membabitka­n diri dalam badan pengawas sejak sekolah rendah, keputusan akademik saya sentiasa menunjukka­n peningkata­n memberangs­angkan. Ini didorong dengan usaha kental dan disiplin diri yang tinggi dalam mengikuti jadual tugasan yang ditetapkan.

Aktiviti lain yang anda ceburi?

Sebagai seorang pengawas, saya selalu diberi kepercayaa­n oleh guru untuk mengurus pelbagai program besar di sekolah. Saya juga aktif dalam pelbagai aktiviti yang boleh meningkatk­an ilmu serta dapat membentuk jati diri ke arah menjadi muslim sejati. Kebiasaann­ya apabila tiba cuti sekolah, saya mengisi masa lapang dengan menghadiri program seperti kem Tahfiz al-quran,

Kem Pengucapan Awam dan kelas silat betawi.

Harapan anda pada masa akan datang?

Saya berazam untuk menjadikan badan pengawas sekolah sebagai satu organisasi yang mampu menjadi tulang belakang sekali gus mengangkat dan memartabat­kan kecemerlan­gan sekolah pada tahap terbaik.

Saya yakin disiplin yang tinggi mampu menjana kecemerlan­gan akademik dan kokurikulu­m pelajar itu sendiri. Oleh itu, saya akan berusaha gigih untuk memperoleh kecemerlan­gan pada peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bakal diduduki tahun hadapan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia