Berita Harian

Alat pengukur jarak

- Oleh Mohd Khairul Anam Md Khairudin

Tertarik terhadap kebolehan kelawar terbang di dalam gua tanpa melanggar dinding mendorong pasukan inovasi Sekolah Menengah Sains (SMS) Machang, di sini, mencipta alat pengukur jarak untuk kawasan sekolah yang dinamakan SMACH EBAT.

Guru Penasihat pasukan inovasi sekolah itu, Puan Mardiana Syarita Mohd Razmin, berkata projek itu mengetenga­hkan konsep digunakan kelawar iaitu menggunaka­n ultrasonik terutama untuk mengukur jarak antara dinding dengan menggu nakan mikropenga­wal Arduino UNO dan sensor ultrasonik model HCSR04.

Beliau berkata, Arduino UNO diprogramk­an dengan menggunaka­n bahasa pengaturca­raan C++ untuk bekerjasam­a dengan sensor ultrasonic HCSR04 iaitu dengan memasukkan persamaan projek adalah tepat dan sama dengan ukuran sebenar pita pengukur.

Kos rendah

"Seterusnya, alat berkenaan diletakkan di dalam bekas untuk membuatkan­nya kelihatan lebih menarik, mudah dipegang dan tahan lasak," katanya diharap dapat memberi amaran sekiranya terdapat objek di hadapan dan jarak tertentu. Pada masa sama, berupaya membantu mereka yang memiliki masalah penglihata­n. → bermula pada Disember 2016 → Disertai pelajar Tingkatan Lima iaitu Nik Muhammad Azzim Addin Jalaluddin, Mohamad Alif Adnan, Syafiqah Ershad dan Nurul' Izzah 'Aqilah Zakaria → Memperoleh pingat emas menerusi pertanding­an poster manakala perak dalam pertanding­an lisan Malaysia Conference of Young

Scientist (MYCYS) pada 3 hingga 5 Februari lalu di Universiti Putra Malaysia → Mendapat nasihat kepakaran daripada Pengarah Institut Penyelidik­an Alam Sekitar Pantai Timur

(ESERI), Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA)

Kuala Terengganu, Prof Madya Dr Hafizan Juahir dan pensyarah UNISZA, Dr Fathurrahm­an Lananan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia