Berita Harian

Orang dalam kedutaan dicari

Polis minta Kedutaan Korea Utara serah Setiausaha Kedua, Hyon Kwang Song untuk disoal siasat. Jika enggan, akan keluarkan waran tangkap Buru seorang lagi suspek, Kim Uk il iaitu kakitangan syarikat penerbanga­n Korea Utara, Air Koryo untuk bantu siasatan

- Oleh Siti Azila Alias dan Faris Fuad

Permohonan sudah dibuat kepada kedutaan Korea Utara untuk membenarka­n kita menemubual kedua-dua m ereka (Kwang Song dan Uk Il) dan harap kedutaan memberikan kerjasama secepat mungkin” Khalid Abu Bakar, Ketua Polis Negara

Kita sangat yakin dan percaya bahawa kes ini (pembunuhan Jong-nam) adalah satu perbuatan terancang dan kedua-dua wanita yang ditahan (warga Indonesia, Siti Aisyah, 25, dan warga Vietnam, Doan Thi Huong, 29) sudah dilatih untuk melakukann­ya.

Siasatan menunjukka­n mereka sudah beberapa kali berlatih (menyapu cecair ke muka) di Pavilion Kuala Lumpur, KLCC dan terakhir terhadap mangsa di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur 2 (klia2).

Dakwaan mereka hanya bergurau tidak benar. Ini bukan penggambar­an filem atau benda mainmain... bukan.

Sudah tentu mereka tahu cecair yang dipegang adalah toksik beracun. Saya pasti anda pun sudah menonton rakaman video dua wanita itu beredar dengan tangan sebegini (ke bawah dengan menjarakka­nnya dari badan), jadi mereka amat mengetahui bahawa ia adalah toksik dan perlu dibersihka­n.

Mereka tahu apa yang mereka buat. Dua wanita itu sudah dilatih untuk menyapu (cecair) di muka mangsa. Sebelum itu, empat suspek lelaki (yang sudah melarikan diri ke Pyongyang) meletakkan cecair itu di tangan dua wanita terbabit dan memberitah­u mereka ia perlu disapu ke muka mangsa.

Wanita Indonesia yang melakukann­ya (sapu ke muka mangsa) dulu, diikuti wanita Vietnam.

Jenis cecair yang digunakan dalam serangan itu dan sama ada ia sudah dibawa pulang ke Korea Utara, itu kita tidak boleh cakap kerana masih dalam siasatan.

Polis cari Setiausaha Kedua Kedutaan Korea Utara dan kakitangan Air Koryo

Kita sudah maklumkan sebelum ini bahawa setakat ini kita sudah menahan empat individu dan akan mohon untuk lanjutkan reman hari ini (semalam) terhadap tiga orang (Siti Aisyah, Thi Huong dan Ri Jong-chol) selama tujuh hari lagi, manakala teman lelaki Siti Aisyah, Muhammad Farid Jallaludin dibebaskan hari ini (semalam) dengan jaminan polis.

Selain itu, kita ingin mendedahka­n mencari lima lagi lelaki Korea Utara yang mana kita percaya empat daripada mereka (Ri Ji Hyon, 33; Hong Song Hac, 34; O Jong Gil, 55 dan Ri Jae Nam, 57) sudah meninggalk­an negara ini dan pulang ke Pyongyang. Kita akan memohon kepada pihak berkuasa di Korea Utara dan meminta bantuan Polis Antarabang­sa (INTERPOL) untuk membantu mengesan mereka dan serahkan kepada kita untuk melengkapk­an siasatan.

Seorang lagi suspek lelaki, iaitu lelaki kelima (Ri Ji U atau James, 30) masih berada di negara ini dan dua lagi gambar lelaki yang diedarkan tanpa identiti sebelum ini, sudah dikenal pasti.

Mereka adalah Setiausaha Kedua di Kedutaan Besar Korea Utara di Kuala Lumpur, Hyon Kwang Song, 44, dan Kim Uk Il, 37, seorang kakitangan syarikat penerbanga­n Korea Utara Air Koryo. Kita percaya ketiga-tiga mereka masih berada di Malaysia dan masih dicari. James dan Uk Il memasuki negara ini sebagai pelawat.

Permohonan sudah dibuat kepada kedutaan Korea Utara untuk membenarka­n kita menemubual kedua-dua m ereka (Kwang Song dan Uk Il) dan harap kedutaan memberikan kerjasama secepat mungkin.

Kita sudah hantar permohonan hari ini (semalam) dan setakat ini, kita belum dapat kerjasama daripada kedutaan dan jika mereka gagal tampil, kita akan keluarkan waran tangkap.

Sudah pasti kita ada sebab, asas untuk memanggil mereka bantu kita dalam siasatan. Kalau tak, takkan kita panggil. Ada ramai rakyat Korea Utara di negara ini dan kita tidak minta mereka datang pun (ambil keterangan).

Kita tidak boleh katakan empat yang sudah pulang ke Pyongyang itu adalah dalangnya, tetapi kita percaya mereka terbabit dalam kes ini. Kita adil dalam menjalanka­n siasatan.

Penahanan suspek wanita Indonesia

Kita akan pertimbang­kan sama ada boleh membenarka­n pihak Indonesia untuk bertemu dengan (Siti Aisyah).

Jika siasatan menunjukka­n tiada bukti untuk mengaitkan Siti Aisyah dengan kejadian itu, sudah tentu dia akan dibebaskan.

Laporan dakwa anak mendiang, Kim Han-sol kini berada di Malaysia

Berita anak mangsa sudah tiba di negara ini, semua itu hanya khabar angin. Belum ada waris atau ahli keluarga yang tampil melakukan pengecaman mayat atau serahkan sampel asid deoksiribo­nukleik (DNA) kepada kita setakat ini.

Ahli keluarga (yang boleh serah DNA) tidak semestinya adik, sesiapa saja termasuk anak, abang atau kakak juga boleh.

Kehadiran Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) di Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) Hospital Kuala Lumpur (HKL) semalam (kelmarin) selepas kita mendapat maklumat ada cubaan untuk menceroboh kawasan itu.

Kita ambil langkah berjaga-jaga. Siapa yang cuba menceroboh, itu tidak perlu dijelaskan, tetapi kita tahu siapa.

Sudah tentu kita akan berikan perlindung­an sekiranya ahli keluarga mangsa datang ke Malaysia untuk kenal pasti mayat dan DNA.

Kita akan berikan tempoh lanjutan, masa munasabah kepada waris untuk tampil membuat pengecaman. Kita juga membuat permohonan kepada kedutaan Korea Utara untuk menghubung­i keluarga mangsa, tetapi belum menerima sebarang maklum balas.

Kedutaan Korea Utara nafi mangsa adalah Kim-chol dan bukan Jong-nam

Saya tidak pernah menggunaka­n nama Kim Jong-nam, tetapi Kim Chol. Maklumat itu kita peroleh daripada dokumen perjalanan digunakan mangsa dan kita kekal menggunaka­n nama itu (Kimchol).

Ya, semua pihak mengatakan mangsa adalah Jong-nam, jadi sudah tentu kita perlukan sampel DNA untuk membuktika­n dia adalah Jong-nam.

Laporan pergigian dan kesihatan mangsa boleh membantu polis mengenal pasti identitiny­a, tetapi setakat ini Korea Utara tidak memberikan sebarang bantuan kepada kita.

Hasrat Korea Utara sertai siasatan bersama

Tidak. Kita tidak membenarka­n mereka (Korea Utara) untuk menyertai siasatan bersama bagi menyiasat kes ini.

Ini bukan bidang kuasa mereka, tetapi bidang kuasa kita (Malaysia).

Dakwaan kejadian didalangi Korea Utara

Saya tidak boleh mengesahka­n perkara itu kerana ia masih dalam siasatan tetapi semua yang terbabit adalah warga Korea Utara.

Dakwaan polis kasari keluarga suspek, Ri Jong-chol

Sudah tentu saya menafikan tuduhan (Kedutaan Korea Utara) kerana perkara itu tidak pernah berlaku.

Kita juga tidak menerima laporan daripada ahli keluarga (mendakwa dikasari ketika serbuan).

Ini hanya tuduhan dibuat pihak kedutaan, suspek dan ahli keluarga memberikan kerjasama penuh kepada polis.

 ??  ?? Hyon Kwang Song
Hyon Kwang Song
 ?? [FOTO AFP] ?? Khalid pada sidang media mengenai kes pembunuhan Jong-nam di Bukit Aman, semalam.
[FOTO AFP] Khalid pada sidang media mengenai kes pembunuhan Jong-nam di Bukit Aman, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia