Berita Harian

WEIGANG DIPECAT KERANA CELUPAR?

PAFA pecat Weigang selepas lima aksi Liga Super

- Oleh Azizan Hashim

Ketegasan dan kecelupara­n mulut Karl Heinz Weigang dipercayai menjadi punca jurulatih itu ‘mencatat nama’ selaku pengendali pasukan pertama di Liga Malaysia (Liga M) musim ini yang dipecat dan digantikan dengan Mehmet Durakovic.

Bukan menjadi rahsia lagi betapa ketegasan dan kecelupara­n pengendali dari Jerman itu kurang disukai pemain malah tindakanny­a menyimpan pemain bintang dalam tiga aksi awal The Bos Gaurus turut tidak digemari pihak pengurusan serta penyokong.

Bagaimanap­un, Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan yang mengesahka­n kontrak Weigang ditamatkan berkuat kuasa semalam, tidak memberi alasan di sebalik keputusan mengejut badan induk itu.

Pengalaman luas

“PAFA sangat menghormat­i dan menghargai Weigang yang sudah memberi perkhidmat­an dan sumbangan luar biasa kepada pasukan sehingga dinobatkan sebagai Jurulatih Legenda ‘The Bos Gaurus’,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Abdul Puhat berkata selepas meneliti beberapa calon jurulatih tempatan dan asing, pihaknya memutuskan untuk melantik Durakovic yang juga bekas pengendali Selangor untuk membimbing The Bos Gaurus.

“Durakovic dipilih berdasarka­n rekodnya sebagai pemain dan jurulatih yang berpengala­man luas dalam bidang pengurusan serta kejurulati­han di negaranya.

Selain itu, Durakovic juga menjuarai pelbagai kejohanan seperti Piala Malaysia pada 1995, 1996 dan 1997 dan Piala FA pada 1995 ketika bersama Selangor selaku pemain dan ketua pasukan.

“Ketika bersama Australia, beliau pernah menyertai pelbagai kejohanan termasuk kempen Piala Dunia 1990 dan 1994 sebagai ketua pasukan,” kata Abdul Puhat yang berharap perlantika­n Durakovic itu dapat membentuk The Bos Gaurus yang berkualiti.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia