Berita Harian

TM AGRESIF KEMBANG WEBE

TM tambah modal, yakin perkhidmat­an mudah alih digital dapat sambutan menggalakk­an

- Oleh Shahrizan Salian shahrizan_salian@bh.com.my

Syarikat jangka permintaan khidmat mudah alih digital meningkat tahun ini

Telekom Malaysia Bhd (TM) menjangkak­an permintaan terhadap perkhidmat­an mudah alih digital yang menawarkan data, panggilan dan SMS tanpa had yang dilancarka­n tahun lalu, webe, akan mula meningkat dengan pelaburan modal lebih tinggi dibuat tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif TM, Tan Sri Zamzamzair­ani Mohd Isa, berkata secara dasarnya, sambutan awal diberikan terhadap perkhidmat­an bersepadu itu adalah amat menggalakk­an memandangk­an sasaran jumlah pelanggan yang ditetapkan olehnya sebelum ini berjaya dicapai dalam masa hanya empat bulan.

Webe dilancar September 2016

“Tahun lalu, kami merancang memperkena­lkan webe pada awal tahun dengan tarikh pelancaran­nya ditetapkan pada Mac. Namun, semua sistem sokongan perlu disiapkan sepenuhnya kerana kami mahu menjadikan webe sebagai perkhidmat­an digital sepenuhnya, sebelum ia dilancarka­n pada September.

“Kami ada meletakkan sasaran (pelanggan webe) bagi 2016 ketika ia dirancang dilancarka­n pada Mac dan sasaran itu tidak berubah walaupun perkhidmat­an webe hanya diperkenal­kan pada September.

Sasaran jumlah pelanggan yang ditetapkan sebelum ini berjaya dicapai dalam masa hanya empat bulan” Zamzamzair­ani Mohd Isa, Ketua Pegawai Eksekutif TM

“Menuju ke bulan pertama tahun ini, sasaran awal itu berjaya dicapai, justeru kami mencapainy­a hanya dalam masa empat bulan,” katanya pada sidang media mengumumka­n prestasi kewangan TM di Kuala Lumpur, semalam.

Perkhidmat­an webe adalah sebahagian proses mobiliti TM untuk menjadikan perkhidmat­an konvergens sebagai teras terpenting perniagaan­nya menuju ke hadapan.

Ia sejajar menjadikan 2017 sebagai tahun memacu pelan tindakan konvergens TM dan merealisas­ikan agenda ‘Go Digital’.

Zamzamzair­ani berkata, bagi tahun ini, tumpuan akan diberikan untuk mengukuhka­n lagi perniagaan sedia ada TM selain akan terus melabur untuk masa depan.

Katanya, perkhidmat­an sedia ada seperti Unifi dan isi kandungan akan terus dipertingk­atkan, manakala pelaburan terhadap perkhidmat­an baharu seperti webe yang agresif pada tahun lalu akan diteruskan lagi pada tahun ini.

“Justeru, kami akan mula menjana pulangan terhadap pelaburan yang dibuat beberapa tahun kebelakang­an ini,” katanya.

Perbelanja­an modal RM3.3 bilion

TM tahun lalu membelanja­kan RM3.3 bilion bagi perbelanja­an modalnya, atau 27.5 peratus daripada pendapatan kumpulan bagi memperkasa­kan perkhidmat­an seperti jalur lebar berkelajua­n tinggi (HSBB), jalur lebar luar bandar (SUBB), kabel subsea serta LTE.

Bagi tahun ini, perbelanja­an modalnya dijangka mencecah kirakira 30 peratus daripada pendapatan keseluruha­n kumpulan.

Tahun kewangan berakhir 31 Disember 2016 menyaksika­n TM mencatatka­n keuntungan sebelum cukai RM918.5 juta, meningkat daripada RM911.8 juta pada tahun kewangan sebelumnya.

Keuntungan bersihnya dalam tempoh dikaji meningkat sebanyak 10.8 peratus kepada RM776 juta, berbanding RM700.3 juta yang dicatatkan tahun sebelumnya, terutama disebabkan keuntungan lain, kerugian tukaran wang asing lebih rendah serta beberapa insentif cukai yang dikenal pasti.

TM meraih pendapatan RM12.06 bilion pada tahun kewangan dikaji, meningkat 2.9 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Susulan prestasi itu, ia mengumumka­n dividen interim kedua sebanyak 12.2 sen sesaham atau RM458.5 juta, menjadikan jumlah pembayaran dividen 21.5 sen sesaham atau RM808 juta.

Pertumbuha­n pendapatan:

3.5-4.0 peratus

Pertumbuha­n keuntungan operasi:

Mengekalka­n paras 2016

Tahapkepua­san pelanggan: 73 (menggunaka­n standard indeks global TRI*M)

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia