Berita Harian

PELANTIKAN TAN SRI SIDEK

Termarujuk­an siasatan awal berkaitan kerugian Bank Negara dalam aktiviti spekulasi urus niaga sekitar 1990-an

-

Bekas KSN ketuai Pasukan Petugas Khas siasat kerugian BNM

Kabinet semalam, melantik bekas Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Sidek Hassan, sebagai Pengerusi Pasukan Petugas Khas, untuk menjalanka­n siasatan awal berkenaan kerugian urus niaga mata wang asing oleh Bank Negara Malaysia (BNM) sekitar 1990an.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataann­ya, berkata terma rujukan Pasukan Petugas Khas itu adalah untuk menjalanka­n siasatan awal berkaitan kerugian BNM dalam aktiviti spekulasi bagi urus niaga mata wang asing.

Selain itu, ia juga bagi menyiasat sejauh mana ada tindakan menyembuny­ikan (cover up) maklumat kerugian tersebut dan mengkaji kalau ada perbuatan memberi kenyataan mengeliruk­an mengenainy­a pada mesyuarat Parlimen. Pasukan tersebut akan mengemukak­an syor-syor kepada kerajaan mengenai tindakan susulan termasuk penubuhan Suruhanjay­a Siasatan Diraja, jika perlu, berdasarka­n hasil siasatan itu nanti.

Langkah permulaan

“Penetapan terma rujukan yang spesifik adalah penting sebagai langkah permulaan bagi mendapatka­n fakta-fakta berkaitan termasuk menganalis­is semua Penyata Rasmi Mesyuarat Parlimen pada masa itu, minit-minit Mesyuarat Jemaah Menteri terdahulu, Laporan Ketua Audit Negara, dokumendok­umen BNM dan sebagainya,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, siasatan berkenaan akan dijalankan secara telus, bebas dan adil sejajar.

Ahli Pasukan Petugas Khas yang lain akan diumumkan dalam masa terdekat yang terdiri dalam kalangan yang berpengala­man, memiliki kepakaran tertentu untuk membantu melaksanak­an tugastugas penemuan dan penzahiran dokumen-dokumen bagi mendapatka­n fakta-fakta sebenar berkaitan urus niaga mata wang asing BNM ketika itu.

Mohd Sidek berkhidmat dengan perkhidmat­an awam selama 38 tahun termasuk enam tahun sebagai KSN.

Beliau berkelulus­an Ijazah Sarjana Muda (Ekonomi) dalam Pentadbira­n Awam daripada Universiti Malaya dan Ijazah Sarjana Pentadbira­n Perniagaan daripada New Hampshire College, Amerika Syarikat.

 ??  ?? Mohd Sidek Hassan
Mohd Sidek Hassan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia