Berita Harian

Suspek tinggal di Malaysia lebih tiga tahun

-

Kuala Lumpur: Suspek kes pembunuhan Kim Jong-nam, Ri Jong Chol, warga Korea Utara yang ditahan di sini, Jumaat lalu, sudah menetap di Malaysia lebih tiga tahun tanpa bekerja di syarikat yang didaftarka­n dalam permit pekerjanya atau menerima gaji.

Jong Chol, 47, memiliki visa untuk bekerja di Malaysia yang menunjukka­n dia kakitangan Tombo Enterprise.

Namun pemilik syarikat itu berkata, suspek tidak pernah bekerja walau sehari pun atau mendapat gaji daripada syarikat kecil yang mengeluark­an herba perubatan itu.

Pemiliknya, Chong Ah Kow berkata beliau hanya membantu mendapatka­n visa pekerjaan suspek dengan menyertaka­n dokumen sokongan bahawa dia pengurus pembanguna­n dalam jabatan teknologi maklumat (IT) syarikat dengan memperoleh RM5,500 sebulan.

Visa pekerjanya diperbahar­ui sekali pada Jun 2016.

Tidak pernah bayar gaji

“Ia hanyalah satu urusan rasmi, hanya dokumen, saya tidak pernah membayar gajinya. Saya tidak tahu bagaimana dia tinggal di sini (Malaysia). Saya tidak tahu bagaimana dia memperoleh gaji,” kata Chong dalam satu temuramah dengan REUTERS.

Chong, kerap berkunjung ke Korea Utara berkata, beliau hanya ‘cuba membantu’ Jong Chol.

Sedia diambil tindakan

Beliau pernah disoal siasat polis dan memberitah­u REUTERS, bersedia berdepan sebarang tindakan berikutan menghantar maklumat palsu kepada kerajaan.

Chong yang juga rakan Jong Chol berkata, warga Korea Utara itu tinggal bersama isteri serta dua anaknya di ibu kota ini.

REUTERS tidak dapat memastikan jika Jong Chol memiliki pekerjaan lain atau sumber pendapatan. Polis juga gagal dihubungi untuk menjelaska­n bagaimana suspek menampung kehidupan keluargany­a di Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia