Berita Harian

Negara perlu pertahan maruah, kedaulatan

Gesaan agar Kedutaan Korea Utara beri kerjasama tingkatkan lagi ketegangan

- Oleh Nadia Hamid, Hazwan Faisal Mohamad dan Ahmad Suhael Adnan

Malaysia perlu bertindak mempertaha­nkan maruah dan kedaulatan negara, meskipun berdepan tekanan Korea Utara dalam kes pembunuhan abang pemimpin negara terbabit, Kim Jong-nam.

Pakar Geostrateg­is, Azmi Hassan, berkata kepentinga­n menjaga hubungan diplomatik dengan Pyongyang, bukan menjadi keutamaan lagi sekiranya maruah negara menjadi pertaruhan.

Beliau berkata, gesaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya Kedutaan Korea Utara di sini, memberi kerjasama berikutan pembabitan seorang suspek dikenal pasti sebagai setiausaha kedua kedutaan itu, dijangka meningkatk­an ketegangan hubungan antara kedua-dua negara.

“Sekiranya Kedutaan Korea Utara enggan memberikan kerjasama, hubungan diplomatik Kuala Lumpur - Pyongyang akan berada dalam situasi kritikal.

“Jika diteliti tindakan negara setakat ini, ketegasan Malaysia bertindak mengikut proses perundanga­n negara dan tidak tunduk kepada tekanan luar menjadikan negara sebagai berprinsip, dihormati serta tidak terjejas di mata dunia kerana sanggup berhadapan dengan rejim Pyongyang,” katanya kepada BH.

Beliau mengulas kenyataan Datuk Seri Najib Razak, semalam yang menyifatka­n kenyataan dikeluarka­n Duta Besar Korea Utara ke Malaysia, Kang Chol sebagai tidak wajar dan biadab daripada aspek diplomatik.

Perdana Menteri turut menegaskan Malaysia bukan kuda tunggangan dan tidak akan tunduk kepada mana-mana negara dalam siasatan kes bunuh Kim Jong-nam.

Tindakan sudah diduga

Azmi mendakwa tindakan Korea Utara sejak awal memang sudah di duga sebagai cubaan memperguna­kan Malaysia (kambing hitam) dalam usaha menutup pembabitan mereka dalam pembunuhan Jongnam.

Mengulas lanjut, Azmi berkata tindakan undang-undang wajar dipertimba­ngkan sekiranya terbukti ada campur tangan Korea Utara.

“Kalau terbukti Korea Utara terbabit, individu terbabit perlu didakwa mengikut perundanga­n negara ini walaupun individu disyaki memilik kekebalan imuniti perlindung­an diplomatik,” katanya.

Beliau turut mendesak hasil bedah siasat toksilogi diumumkan segera untuk mengelakka­n Malaysia dituduh bersubahat dengan pihak ketiga.

Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Antarabang­sa dan Strategik Universiti Malaya (UM), Dr Muhammad Danial Azman, berkata tindakan Kementeria­n Luar mengarahka­n Duta Besar Malaysia ke Korea Utara, Mohamad Nizan Mohamad, pulang membuktika­n ketegasan negara.

“Berkeras adalah perkara biasa jika hubungan diplomatik dalam keadaan tegang dan mendesak serta kerugian lebih banyak daripada untung, namun persoalann­ya sejauh mana perlu berkeras.

“Kerajaan perlu menilai beberapa aspek, iaitu kepentinga­n hubungan perdaganga­n dua hala antara Putrajaya dan Pyongyang, serta situasi apabila hubungan itu mula menjadi liabiliti, yang mungkin membawa kepada keputusan menamatkan hubungan diplomatik kedua-dua negara.

“Aspek lain, termasuk situasi Korea Utara yang tidak popular dalam arena politik antarabang­sa. Sebarang keputusan perlu diambil tanpa tergesa-gesa serta tidak membabitka­n emosi,” katanya.

Langkah terakhir

Sementara itu, Timbalan Pengarah Institut Pengajian Malaysia dan Antarabang­sa (IKMAS), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Madya Dr Sufian Jusoh, berkata tindakan lebih keras, termasuk memutuskan hubungan diplomatik adalah langkah terakhir jika isu itu berlarutan dan tidak menemui jalan penyelesai­an.

“Namun, ketika ini, kerajaan Malaysia sudah menggunaka­n saluran yang betul dalam menangani situasi ini. Apa yang kerajaan buat sekarang ini sudah betul, sudah dianggap tegas.

“Malah, kalau kita lihat reaksi masyarakat antarabang­sa, tiada yang mengecam atau mempersoal­kan apa yang kita buat, kata kita lambat atau polis tidak cekap. Mereka tidak memandang sangat apa yang Korea Utara katakan, jadi kita jangan cepat sangat melatah,” katanya.

 ??  ?? Azmi Hassan
Azmi Hassan
 ??  ?? Duta Malaysia ke Pyongyang, Mohamed Nizan Mohamad, tiba di Lapangan Terbang Antarbangs­a Kuala Lumpur.
Duta Malaysia ke Pyongyang, Mohamed Nizan Mohamad, tiba di Lapangan Terbang Antarbangs­a Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia