Berita Harian

Tingkat keselamata­n diplomat berpaling tadah

-

Seoul: Susulan pembunuhan abang pemimpin Korea Utara minggu lalu di Malaysia, perhatian kini tertumpu kepada isu keselamata­n Thae Yong-ho, seorang daripada pengkritik berprofil tinggi kepemimpin­an Kim Jong-un.

Agensi perisikan Korea Selatan berkata semalam, ia meningkatk­an kawalan keselamata­n untuk Yong-ho, bekas Timbalan Duta Korea Utara ke United Kingdom (UK) yang berpaling tadah kepada Seoul pada Ogos lalu.

Perkhidmat­an Perisikan Nasional juga dilapor mengehadka­n kemunculan awam Yong-ho kerana bimbang beliau mungkin menjadi sasaran Pyongyang seterusnya.

“Keputusan itu dibuat apabila agensi perisikan mengesan tanda khusus kemungkina­n cubaan membunuhny­a,” kata agensi berita Yonhap, memetik sumber bekerja bersama Yong-ho di Institut Strategi Keselamata­n Nasional.

Yong-ho yang hanya mendiami rumah flat dua bilik ketika menetap di barat London, bagaimanap­un berikrar meneruskan usahanya memberi penjelasan mengenai rejim komunis di negara terasing itu.

Satukan dua Korea

“Saya berada dalam kedudukan untuk meneruskan tugas saya menyatukan kedua-dua Korea, tidak kira apa juga ancaman yang mungkin saya hadapi,” katanya ketika ditemu ramah penyiar tempatan, YTN, semalam.

Terdahulu dalam temu bual bersama penyiar Amerika Syarikat (AS), CBS, beliau berkata, Jong-un akan ‘melakukan apa saja’ untuk mengelak lebih ramai dari Korea Utara membelot.

Ketika ditanya sama ada pemimpin itu akan membunuh diri, Yongho yang pernah mengiringi Kim Jong-chul, iaitu abang sulung Jongun menonton konsert penyanyi, Eric Clapton di London pada 2015, menjawab: “Kenapa tidak?”

Kebimbanga­n berhubung keselamata­n Yong-ho meningkat selepas Pyongyang dilihat mengetatka­n tindakan ke atas pihak yang berani bersuara berhubung pembunuhan Jong-nam yang lantang bersuara menentang adiknya.

“Apa yang menjadi kebimbanga­n Korea Utara adalah ancaman terhadap reputasi Jong-un,” kata profesor dari Universiti Kajian Korea Utara, Yang Moo-jin.

Rancang satu lagi serangan

Pemangku Presiden dan Perdana Menteri Korea Selatan, Hwang Kyoahn turut memberi amaran, Korea Utara mungkin merancang satu lagi serangan keganasan bagi mengalih perhatian masyarakat antarabang­sa susulan kematian Jong-nam.

“Kami perlu melakukan yang terbaik untuk melindungi pembelot Korea Utara. Beberapa agensi antikegana­san perlu bersedia berdepan sebarang kemungkina­n serangan pengganas,” katanya.

The Korea Herald

Keputusan itu dibuat apabila agensi perisikan mengesan tanda khusus kemungkina­n cubaan membunuh Yong-ho” Agensi berita Yonhap

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia