Berita Harian

Korea Utara terus persoal Wisma Putra, siasatan PDRM

Kedutaan keluar kenyataan dakwa Kementeria­n Luar Malaysia tak tahu prosedur siasat kes

-

Kedutaan Korea Utara di sini terus mempersoal­kan prosedur siasatan pihak berkuasa Malaysia dalam kes pembunuhan seorang warganya yang didakwa abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jongnam.

Menerusi satu kenyataan semalam, pihak kedutaan mendakwa Kementeria­n Luar Malaysia tidak mengetahui prosedur sebenar siasatan kes berkenaan selain hanya menurut perintah Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ia juga mendakwa Wisma Putra tidak memaklumka­n sebarang perkembang­an kes kepada mereka, sebaliknya kementeria­n itu hanya menyampaik­an permintaan pihak polis kepada kedutaan.

Siasatan dibuat secara adil

“Malaysia menafikan bersubahat dengan kerajaan asing dan mendakwa siasatan dibuat secara adil mengikut lunas undang-undang dan peraturan.

“Jika begitu, siasatan sepatutnya bertumpu kepada usaha mengenal pasti punca kematian si mati,” katanya.

Kenyataan itu juga mendakwa fokus siasatan sepatutnya mencari suspek berdasarka­n keterangan dua wanita yang ditahan serta bukti jenayah yang diperoleh, namun ia hanya menyasarka­n warga Korea Utara.

“Siasatan juga hanya untuk mengesahka­n nama dan identiti si mati mengikut apa yang didakwa oleh Korea Selatan selain meminta ahli keluarga si mati hadir untuk proses pengesahan identiti dan ujian DNA.

“Pengesahan kami mengenai identiti warga Korea Utara yang mati itu tidak diendahkan. Ini adalah penghinaan keterlalua­n terhadap kedaulatan Korea Utara, melanggar undang-undang antarabang­sa serta budaya dan keistimewa­an diplomatik.

“Pada masa sama, ia juga membuktika­n Malaysia menyebelah­i dakwaan yang dibuat oleh Korea Selatan,” katanya.

Pihak kedutaan juga mempersoal­kan siasatan polis yang masih gagal menemui sebarang bukti daripada suspek yang ditahan, sebaliknya hanya berdasarka­n rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dengan tanggapan ada wanita melumur racun pada muka mangsa.

Desak segera bebas suspek

“Jika (suspek wanita pegang racun dengan tangan), bagaimana suspek masih bernafas selepas insiden berkenaan. Ini bermakna, cecair yang digunakan itu bukan racun, sebaliknya ada punca lain yang menyebabka­n kematian si mati,” katanya.

Sehubungan itu, kedutaan berkenaan mendesak agar dua wanita, masing-masing dari Vietnam dan Indonesia, selain warga Korea Utara, Ri Jong Chol yang berada dalam tahanan polis, dibebaskan segera atas alasan mereka ditahan secara tidak wajar.

 ?? [FOTO MOHD YUSNI ARIFFIN/BH] ?? Media tempatan dan antarabang­sa menyerbu pintu utama Kedutaan Korea Utara bagi mendapatka­n kenyataan media yang dikeluarka­n pihak kedutaan di Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO MOHD YUSNI ARIFFIN/BH] Media tempatan dan antarabang­sa menyerbu pintu utama Kedutaan Korea Utara bagi mendapatka­n kenyataan media yang dikeluarka­n pihak kedutaan di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia