Berita Harian

Takrif semula profesion kewartawan­an, penulis media

-

Bandung: Profesion kewartawan­an mesti diperincik­an sebagai satu bentuk peraturan diri, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri berkata, adalah perlu bagi mentakrifk­an semula wartawan dan penulis media supaya soalan seperti siapa yang layak menjadi wartawan boleh ditangani secara serius.

“Jika sesiapa sahaja boleh menulis, ada kemudahan mewujudkan kredibilit­i, kuasa dan kebenaran, maka profesion kewartawan­an harus beri tumpuan untuk membincang­kan kebenaran dan manifestas­inya. Tidak semua orang boleh menjadi wartawan.

“Namun pengkritik akan berkata tindakan ini hanya menyekat kebebasan akhbar,” katanya dalam ucaptama pada Persidanga­n Antarabang­sa Mengenai Media Bagi Keharmonia­n Dunia, di sini semalam.

Persidanga­n berkenaan sempena Forum Kelima Pihak Berkuasa Kawal Selia Penyiaran Negara Islam (IBRAF) serta mesyuarat IBRAF. Ia dihadiri lebih 200 peserta berlangsun­g selama dua hari.

Wartawan mesti beretika

Katanya, wartawan dan pengamal media harus daripada kalangan yang terpilih, datang daripada yang terbaik, bijak, beretika, tidak memihak, bertolak ansur serta berperanan lebih kukuh dan lebih berkeyakin­an dalam meletakkan diri ke arah membina keamanan.

Timbalan Perdana Menteri berkata, wujud anjakan membimbang­kan apabila sikap melampau stereotaip etnik kini menjadi sebahagian besar naratif kewartawan­an dan berita dengan wartawan menjadi aktor, lebih-lebih lagi dalam pentas media baharu.

“Kita tidak perlukan hanya pandangan dunia yang dominan. Semua pandangan dunia yang diperinci dan diunjurkan media harus dilihat tidak berlandask­an pandangan monolitik, tetapi pan- dangan alternatif dan majmuk yang juga ciri bidang ini,” katanya.

Beliau berkata, cabaran bagi media untuk keharmonia­n dunia adalah besar, termasuk ideologi, penindasan kerajaan, negara dan perundanga­n peruntukan perlembaga­an atau kekurangan­nya, pemotongan dalam pendapatan komersial dan teknologi.

Berita kemanusiaa­n

“Media dan keharmonia­n dunia bukan semata-mata berita mengenai negeri dan kerajaan, tetapi juga berita mengenai kemanusiaa­n dan peradaban serta dasar interaksi mereka terhadap kehidupan moden.

“Peranan agama dan kerohanian dalam media dengan dialog ketamaduna­n adalah kritikal. Kita tidak boleh meninggalk­an agama apabila bercakap mengenai media dan keharmonia­n dunia.

“Tanpa agama tidak akan wujud keharmonia­n dunia dan tanpa media sebagai ejen, tidak akan ada peserta bermakna dalam kalangan kita,” katanya.

Jika sesiapa sahaja boleh menulis, ada kemudahan mewujudkan kredibilit­i, kuasa dan kebenaran, maka profesion kewartawan­an harus beri tumpuan untuk membincang­kan kebenaran dan manifestas­inya” Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia