Berita Harian

Asia Tenggara terdedah ancaman Daesh

-

Ketika kawalan wilayah Daesh semakin berkuranga­n di Asia Barat, keperluan untuk mereka bergerak ke tempat lain semakin ketara”

Tahun 2016 mencatatka­n peningkata­n aktiviti pengganas di wilayah negara anggota ASEAN. Tangkapan dan kematian suspek pengganas di Indonesia meningkat lebih dua kali ganda kepada 170. Malaysia pula sering menghadapi cubaan militan asing untuk ke Syria dan Iraq dari situ, selain mencatat serangan pertama Daesh pada Jun lalu.

Filipina pula menyaksika­n peningkata­n kejadian pengeboman dan insiden mengambil tebusan oleh kumpulan bersekutu dengan Daesh termasuk Abu Sayyaf. Media antarabang­sa juga kurang membuat liputan terhadap Selatan Thailand yang mengalami peningkata­n mendadak serangan melebihi 800 insiden menyebabka­n lebih 300 kematian dan 600 lagi cedera.

Keadaan ini semakin rumit kerana ancaman keganasan tidak dijangka menurun tahun ini, malah tanpa usaha untuk bekerjasam­a di antara negara anggota ASEAN, diramalkan tahap keganasan akan terus meningkat. Daesh menunjukka­n minat yang semakin besar kepada rantau

Asia Tenggara.

Pada Jun lalu, satu video propaganda mengarahka­n penyokongn­ya memberi tumpuan kepada rantau itu, malah menga-

Kawasan Asia Tenggara juga menawarkan suasana lebih mesra kepada Daesh untuk mengembang­kan pengaruh”

rahkan mereka menyertai cawanganny­a di Filipina jika gagal ke Syria atau Iraq. Tambahan lagi, ketika kawalan wilayah Daesh semakin berkuranga­n di Asia Barat, keperluan untuk mereka bergerak ke tempat lain semakin ketara. Kesannya, diramalkan ramai anggota militan dari Asia Tenggara yang berada di Asia Barat, dipercayai lebih 1,000 akan pulang untuk meneruskan kempen dan berpotensi mengisytih­arkan pembentuka­n pentadbira­n khalifah.

Umum taat setia

Beberapa kumpulan militan di sini sudahpun mengumumka­n taat setia kepada Daesh, selain memiliki keanggotaa­n dan rangkaian perhubunga­n yang boleh memberi ancaman besar di rantau ini. Kawasan Asia Tenggara juga menawarkan suasana lebih mesra kepada Daesh untuk mengembang­kan pengaruh. Mereka boleh ambil kesempatan daripada konflik semasa dan kawasan tertentu yang kurang stabil, selain mengeksplo­itasi masalah perkauman serta agama untuk membina momentum hingga berkuasa di rantau ini.

Daesh didapati sering menggunaka­n isu penderitaa­n masyarakat minoriti Myanmar, Rohingya, sebagai alasan untuk meneruskan perjuangan mereka termasuk me-

Daesh didapati sering menggunaka­n isu penderitaa­n masyarakat minoriti Myanmar, Rohingya, sebagai alasan untuk meneruskan perjuangan”

rekrut anggota baharu. Pada masa ini, keganasan kaum yang meletus di Rakhine baru-baru ini membawa kepada beberapa cubaan serangan ke atas kepentinga­n Myanmar dan bantahan di Malaysia serta Indonesia, negara majoriti penduduk Islam.

Keadaan ini boleh mewujudkan suasana yang mana tuntutan Daesh ke atas statusnya sebagai pergerakan sah mendapat sokongan kuat. Tidak dapat dinafikan, konflik berterusan di Filipina dan Thailand juga memberi ruang terbaik kepada sikap pelampau bersemai dan berkembang.

Eksploitas­i kekecewaan awam

Kempen pemberonta­kan di dua negara itu memberi peluang kepada Daesh untuk mengeksplo­itasi kekecewaan awam bagi mengumpul sokongan, sumber dan seterusnya berpotensi memegang kuasa.

Selain ada potensi sokongan tempatan kepada Daesh, rantau Asia Tenggara tidak mempunyai sistem kawalan sempadan yang ketat. Jadi, jika diambil kira wujudnya sindiket penyeludup­an, mudah untuk keluar masuk dan bergerak di sini sama ada keseoranga­n, membawa senjata dan pengurusan­nya.

Meskipun ada kebimbanga­n jelas mengenainy­a, wujud banyak tindakan yang dapat diambil untuk mengurangk­an risiko keganasan. Pejabat Imigresen Indonesia di Batam dan Depok pada tahun lalu menolak kemasukan hampir 1,400 permohonan pasport, kebanyakan­nya membabitka­n pemohon yang disyaki mahu menjadi militan.

Malang bagi mereka, proses pemeriksaa­n kemasukan sempadan di kebanyakan tempat di rantau ini biasanya longgar hinggalah tiada langsung, memudahkan pengganas bergerak dari satu tempat ke tempat lain. Oleh itu, UNODC mula membantu petugas di sempadan untuk mengenal pasti dan menghalang pergerakan militan asing, dengan membina mekanisme pejabat pemeriksaa­n sempadan serta rangkaian usaha menangani jenayah di antara sempadan.

Memusnahka­n sindiket penyeludup­an dan menghalang rasuah di sempadan juga akan meningkatk­an kesan. Di seluruh rantau ini juga, penyiasat pencegahan keganasan dan pendakwa menghadapi masalah kerana kekurangan sokongan dari segi sejauh mana kuasa perundanga­n boleh dikuatkuas­akan.

Oleh itu, sejajar dengan Resolusi Majlis Keselamata­n PBB, Instrumen Perundanga­n Universal Terhadap Keganasan dan UndangUnda­ng Hak Asasi Manusia antarabang­sa, adalah penting negara anggota ASEAN menghebahk­an perundanga­n masing-masing mengenai keganasan. Ini termasuk memulakan langkah untuk memeriksa atau memudahkan aktiviti pengganas yang dikategori­kan sebagai jenayah hanya ditetapkan sebagai kesalahan oleh Malaysia.

Tanpa sokongan perundanga­n, negara anggota ASEAN masih terdedah kepada pergerakan militan. Ketika negara anggota ASEAN sudah meningkatk­an kerjasama dan berkongsi perisikan, langkah itu masih dilihat sebagai sementara. Sebenarnya, maklumat yang sering dikongsi secara rasmi dan tidak rasmi di antara negara serantau perlu dipertingk­atkan lagi.

Perkara terakhir ialah ASEAN belum ada rancangan menyekat keganasan atau singkatann­ya, PVE. Di sebahagian besar rantau ini, keluhan penduduk dan punca keganasan terus tidak ditangani dan propaganda tidak ditangani. Ini membolehka­n propaganda Daesh tidak dicabar menyebabka­n ada penduduk terdedah kepada radikalisa­si. Adalah penting bagi ASEAN untuk membangunk­an pelan PVE serantau yang mensasarka­n setiap negara mengikut kriteria masing-masing.

Langkah yang dicadangka­n ini tidaklah banyak tetapi jika semua negara ASEAN melaksanak­an pendekatan bersama, termasuk yang dicadangka­n, risiko ancaman keganasan boleh dikurangka­n hingga minimum.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia