Berita Harian

Nilai kesahihan maklumat di media sosial

-

Era hari ini dilihat sebagai satu tempoh yang tidak lagi membolehka­n pentadbir negara memonopoli ilmu dan kebijaksan­aan internet yang awalnya dicipta bagi berfungsi sebagai sumber maklumat. Kini ia boleh bertukar menjadi senjata yang berkuasa mengubah landskap politik serta sosial sesebuah negara.

Internet bertindak sebagai wadah menggerakk­an ketelusan dan keterbukaa­n serta menjana pelbagai pandangan yang meluaskan spektrum demokrasi.

Dalam perspektif demokrasi, internet mungkin dilihat mendemokra­sikan maklumat di mana kerajaan bukan sumber maklumat tunggal lagi.

Namun, demokrasi juga bukan untuk semua sehingga berlaku transforma­si media apabila tiba media sosial seperti Twitter, Instagram, Facebook mahupun Whatsapp.

Jika internet mendemokra­sikan maklumat, media sosial pula merakyatka­n maklumat. Demokrasi media sosial bersama rakyat tidak boleh dipisahkan. Ia saling berhubung rapat. Segala isi dan peristiwa yang berlaku dalam masyarakat menjadi sumber maklumat bagi media ini. Justeru, media sosial mempunyai peranan dan tanggungja­wab besar dalam membangun dan membina masyarakat.

Media sosial produk budaya

Melihat kepada peranannya yang cukup besar, maka boleh disimpulka­n bahawa media sosial adalah produk budaya yang mempunyai kepentinga­n beragam seperti politik, budaya, ekonomi, agama, hiburan dan sebagainya. Setiap bentuk media sosial sama ada Twitter, Facebook, Instagram mahupun Whatsapp mempunyai ciri khas masing-masing baik dalam konteks pemberitah­uan, isi kandungan, penampilan serta tujuan dan kepentinga­n yang berbeza.

Dalam konteks inilah kita lihat media sosial adalah organisasi yang ada kepentinga­nnya beragam, malah saling bertentang­an. Kebanyakan media yang pelbagai itu ada y ang dibiayai badan atau individu tertentu.

Realiti dunia media sosial memperliha­tkan ada saluran yang memiliki kepentinga­n politik dan ia biasanya dibiayai kekuatan politik tertentu.

Demikian juga, saluran yang bermotifka­n ekonomi yang dibiayai badan perniagaan tertentu di mana tujuannya adalah keuntungan semata-mata. Ada juga saluran yang bermotifka­n agama, pendidikan, kepengguna­an, alam sekitar yang dikendalik­an dan dibiayai oleh badan tertentu.

Masyarakat sebagai sasaran media sosial seharusnya memiliki daya dan kemampuan menganalis­is supaya dapat menilai sejauh mana benarnya sesuatu berita atau sejauh mana sahih atau batilnya apa yang disogokkan kepada mereka.

Isu inilah yang paling ketara dalam pelbagai maklumat yang disalurkan melalui internet atau media sosial yang menjadi trend masyarakat hari ini.

Laporan media konvension­al sahih

Sebaliknya, kebanyakan maklumat yang disalurkan melalui media konvension­al lebih sahih dalam membentuk pandangan dan pendapat umum walaupun elemen propaganda masih ada di dalam penyampaia­n berkenaan.

Ahli Dewan Negara, Senator

Tan Sri Dr Ibrahim Shah Abu Shah berkata isu penggunaan internet khususnya media sosial perlu lebih teliti, telus dan sahih dengan menekankan komponen penting berkaitan kesalinghu­bungan serta demokrasi maklumat. Beliau menyifatka­n demokrasi seperti ini menepati pandangan aliran positivism­e yang melihat media sosial sebagai medium menyalurka­n maklumat berasaskan fakta yang benar dan diatur oleh kaedah tertentu secara universal.

“Memang secara idealnya media sosial seharusnya bebas dan berkecuali serta menjadi wadah bagi semua kelompok masyarakat menyatakan pandangan dan pendapat mereka. Anggapan itu mungkin benar dalam keadaan tertentu. Namun, dalam konteks negara kita, kebanyakan media sosial berusaha menyalurka­n maklumat mengikut pendekatan demokrasi seperti yang dinyatakan.

“Maknanya, media sosial di negara ini adalah ejen demokrasi atau pengukuhan sosial yang mentafsir dan mendefinis­ikan realiti,” katanya pada majlis perasmian Wacana Media Sosial VIRAL17 : Dunia Tanpa Rahsia anjuran Fakulti Komunikasi & Pengajian Media Universiti Teknologi Mara Cawangan Melaka barubaru ini.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia