Berita Harian

Penghuni persoal kena bayar parkir

Tindakan PBT disifatkan menambah beban, menyusahka­n penduduk

- Oleh Wan Noor Hayati Wan Alias wanti@bh.com.my

Penghuni dan peniaga rumah kedai di Jalan 3/23A Taman Danau Kota, Setapak, di sini, mempersoal­kan tindakan pihak berkuasa tempatan (PBT) mengenakan bayaran parkir di kawasan berkenaan kerana menyifatka­n ia bukan lokasi komersial semata-mata sebaliknya juga adalah kawasan berpendudu­k.

Bagi mereka, bukan setakat bayaran itu yang menyusahka­n kehidupan mereka dan menambah beban kewangan tetapi ruang parkir di kawasan berkenaan juga tidak mencukupi.

Disebabkan pelaksanaa­n parkir berbayar sejak awal tahun 2016, mereka yang menghuni unit di atas ruang kedai tiada pilihan dan terpaksa meletak kenderaan di bahu jalan kerana menganggap pelaksanaa­n itu sangat membebanka­n.

Bagaimanap­un, tindakan itu menyebabka­n mereka dikompaun atas kesalahan mengganggu kelancaran lalu lintas dan lebih malang, kenderaan yang diparkir di bahagian belakang kedai, menghadapi risiko jenayah antaranya kecurian tayar.

Pengusaha bengkel, Hasni Hashim, 42, berkata pelaksanaa­n parkir berbayar tidak relevan bagi kawasan berpendudu­k seperti itu kerana semua tingkat atas bangunan berkenaan adalah unit yang didiami dan hanya tingkat bawah ruang perniagaan.

“Lebih menekan, sewa bulanan lot parkir pada masa ini meningkat sehingga RM200 berbanding RM160 pada tahun sebelumnya.

“Bagi peniaga dan penghuni rumah kedai yang tidak menyewa ruang parkir secara bulanan mereka diwajibkan membayar caj harian dan kegagalan berbuat demikian boleh menyebabka­n kenderaan disita.

“Sebelum ini pemaju tidak memaklumka­n berhubung masalah parkir yang menyebabka­n saya memilih untuk memiliki ruang niaga di kawasan ini dan mengusahak­an bengkel sejak tahun 2002,” katanya.

Kena kompaun

Pemilik restoran, Mohd Zaini Said, 62, pula berkata, dia beberapa kali dikenakan kompaun hanya kerana memunggah barang untuk kedainya, malah pelanggan semakin berkuranga­n sejak parkir berbayar dilaksanak­an.

“Pelanggan hanya datang sekejap untuk makan atau membeli makanan untuk dibungkus dan kekangan seperti ini menyebabka­n perniagaan kami terjejas.

“Di mana lagi kami hendak parkir? Kami bimbang untuk meletak kereta di belakang premis kerana tayar tiga kereta pernah dicuri kerana berbuat demikian,” katanya.

Sementara itu, seorang penghuni, Khir Johari Parlan, 57, berkata dia pernah dikenakan kompaun kerana dikatakan menghalang laluan sedangkan lori sampah masih boleh melalui lorong berkenaan.

“Saya hairan kerana kenderaan buruk dengan tayar yang pancit dan tersadai tidak pula disita, begitu juga dengan kenderaan yang jelas menghalang laluan seperti parkir bertindih dan tidak membayar tiket bayaran meletak kenderaan di hadapan kedai tertentu yang tidak pula disaman.

“Bagi orang awam pula, mereka juga sukar untuk mendapat ruang parkir berhampira­n premis perniagaan kerana ada kedai yang sudah menyewa ruang parkir menyebabka­n ada yang tidak mahu mengunjung­i kawasan ini kerana masalah ini,” katanya.

Pelanggan hanya datang sekejap untuk makan atau membeli makanan dan kekangan seperti ini menyebabka­n perniagaan kami terjejas” Mohd Zaini Said, Pemilik restoran Sebelum ini pemaju tidak memaklumka­n masalah parkir yang menyebabka­n saya memilih untuk memiliki ruang niaga di kawasan ini sejak tahun 2002” Hasni Hashim, Pengusaha bengkel

 ??  ?? Khir Johari menunjukka­n surat kompaun yang dikenakan kerana didakwa menghalang lori sampah.
Khir Johari menunjukka­n surat kompaun yang dikenakan kerana didakwa menghalang lori sampah.
 ??  ?? Penghuni dan peniaga rumah kedai di Jalan Taman Danau Kota, Setapak tertekan sejak parkir berbayar dikenakan pada awal tahun 2016.
Penghuni dan peniaga rumah kedai di Jalan Taman Danau Kota, Setapak tertekan sejak parkir berbayar dikenakan pada awal tahun 2016.
 ??  ?? Kenderaan penduduk disita dengan alasan menghalang laluan di kawasan rumah kedai yang tidak menyediaka­n parkir.
Kenderaan penduduk disita dengan alasan menghalang laluan di kawasan rumah kedai yang tidak menyediaka­n parkir.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia