Berita Harian

Jirat di kawasan umat Islam tak sesuai

Penduduk lima kampung mahu kemelut dihadapi diselesaik­an

- Oleh Ruwaida Md Zain

Mendakwa pembinaan jirat Cina di Kampung FELDA Bukit Cherakah, dekat sini, akan memberi kesan kepada generasi berikutnya, penduduk lima kampung yang berada dalam persekitar­an kawasan berkenaan berharap, memorandum disampaika­n kepada Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Munir Bani, dapat menjadi penyelesai kepada masalah yang mereka hadapi.

Peneroka Kampung Bukit Kerayong, Siti Hasnah Salimin, 50an, berkata beliau berasa sedih dan kecewa dengan pihak yang terbabit dengan projek berkenaan yang seperti tidak memikirkan sensitivit­i masyarakat di situ.

“Saya berasa sedih sangat kerana penduduk di sini yang beragama Islam terpaksa menghadap jirat berkenaan yang selari dengan arah kiblat. Seolah kiblat kami itu jirat berkenaan pula," katanya penuh beremosi.

Seperti penduduk lain, Siti Hasnah amat berharap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddi­n Idris Shah, dapat membantu mereka agar isu itu dapat diselesaik­an dengan baik.

Kesan jangka panjang

“Kami merayu kami memohon... Daulat Tuanku, patik semua merayu dan memohon untuk menyelesai­kan masalah kami. Dengan kedudukann­ya, ia memang tidak sepatutnya... apa yang lebih penting kemudahan itu tidak sepatutnya berada dalam kawasan ini.

“Dengan jirat itu berada di atas bukit dan kami di bawah, nampak sangat tidak kena dan tidak sepatutnya begitu,” katanya.

Beliau berkata, dalam perkara sebegini, semua pihak perlu mengambil kira sensitivit­i umat Islam di kawasan itu kerana ia akan memberi kesan jangka panjang kepada anak cucu mereka.

“Jika masalah ini tidak diselesaik­an dengan cara baik secepat mungkin, bagaimana dengan generasi akan datang hendak terus tinggal di sini,” katanya.

Kelmarin, Presiden Gerakan Masyarakat Prihatin, S Hassan Kuthoos Syed Abdul Kaber, pada sidang media di sini, memberitah­u, memorandum yang dibawa Orang Besar Daerah, Datuk Mohamad Yaacob Ismail, diharap dapat disampaika­n kepada Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Munir Bani, untuk diajukan kepada Sultan Sharafuddi­n Idris Shah

Katanya, menjadi harapan penduduk agar Sultan Selangor, Sultan Sharafuddi­n Idris Shah, dapat membantu merungkai kemelut yang dihadapi.

Sementara itu, seorang penduduk Kampung Bukit Kapar, Meklas Ahmad Suparno, 58, mempersoal­kan tujuan pembinaan jirat berkenaan di kawasan kediaman masyarakat Islam.

“Apa faedahnya jirat itu dibina di tengah-tengah kampung yang ramai orang Islam? Di mana maruah kami sehinggaka­n kampung ini dijadikan begitu. Saya cabar syarikat pembinaan itu supaya bina di kawasan perumahan yang sesuai dengan mereka,” katanya.

Tidak selesa

Dakwanya, jika projek itu tidak dihentikan, tidak mustahil tanah penduduk akan diambil alih oleh syarikat pembinaan jirat itu kelak.

“Jika kawasan itu dijadikan jirat, kami percaya 15 hingga 20 tahun akan datang mereka akan beli semua tanah kami. Ini kerana, kalau jirat dekat dengan rumah, pastinya kami tidak selesa sebab setiap hari buka tingkap terus nampak dan hadap jirat.

“Bila tidak selesa, penduduk tentu akan termakan pujuk rayu dengan tawaran tanah dijual kepada mereka. Contoh terdekat, sebuah jirat yang terletak di Meru yang mana masyarakat Cina sendiri tidak selesa menetap di sana, apatah lagi kami,” dakwanya.

 ?? [FOTO MUHAMMAD SULAIMAN/BH] ?? Penduduk kampung, Khairul Amirul Rashid menunjukka­n kawasan yang dipercayai akan dijadikan tanah perkuburan orang bukan islam di Kampung Bukit Cerakah, Kuala Selangor.
[FOTO MUHAMMAD SULAIMAN/BH] Penduduk kampung, Khairul Amirul Rashid menunjukka­n kawasan yang dipercayai akan dijadikan tanah perkuburan orang bukan islam di Kampung Bukit Cerakah, Kuala Selangor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia