Berita Harian

Ibu rayu bantuan anak hidap penyakit hati

-

Georgetown: Seorang ibu merayu simpati orang ramai bagi meringanka­n beban kos pembiayaan rawatan bayinya berusia empat bulan, yang disahkan menghidap penyakit hati sejak lahir.

Nur Syafinaz Che Ahmad, 29, dari Kampung Utan Kandis, Perlis, berkata bayinya, Muhammad Syarhan Syakirin disahkan menghidap penyakit hati selepas menerima rawatan di Hospital Tuanku Fauziah (HTZ), Perlis.

Dia yang bekerja sebagai guru Kelas al-quran dan Fardu Ain (KAFA), buntu memikirkan nasib anak keduanya itu kerana tidak mampu mencari wang untuk rawatan susulan Muhammad Syarhan.

“Saya hanya bekerja sebagai guru KAFA di Sekolah Kebangsaan Arau dan suami bekerja sendiri serta tidak mempunyai pendapatan tetap. Kami tidak mampu menampung kos pembiayaan rawatan Muhammad Syarhan dan anak saya juga akan dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan lanjut.

Kos rawatan meningkat

“Muhammad Syarhan mungkin perlu menjalani pembedahan di PPUM dan kos rawatan dijangka meningkat selepas itu. Ketika ini, perut anak saya juga semakin membuncit disebabkan penyakit berkenaan,” katanya ketika ditemui di Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini, semalam.

Nur Syafinaz berkata, Muhammad Syarhan dirawat beberapa hari di wad HTF, sebelum dipindahka­n ke HPP pada Isnin lalu, untuk rawatan lanjut.

“Anak saya terpaksa dipindahka­n ke PPUM untuk dirujuk kepada doktor pakar. Saya hanya mampu berdoa supaya Muhammad Syarhan segera sembuh dan sihat seperti bayi lain,” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu meringanka­n penderitaa­n Muhammad Syarhan Syakirin boleh menghubung­i talian 017-5962913.

Anak saya terpaksa dipindahka­n ke PPUM untuk dirujuk kepada doktor pakar. Saya hanya mampu berdoa supaya Muhammad Syarhan segera sembuh dan sihat seperti bayi lain” Nur Syafinaz Che Ahmad, Ibu

 ?? [FOTO AMIR IRSYAD OMAR/BH] ?? Nur Syafinaz bersama Muhammad Syarhan ketika ditemui di Hospital Pulau Pinang, semalam.
[FOTO AMIR IRSYAD OMAR/BH] Nur Syafinaz bersama Muhammad Syarhan ketika ditemui di Hospital Pulau Pinang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia