Berita Harian

Mangsa rempuhan dakwa berada tepi jalan

Remaja nampak kereta menuruni jalan, rempuh kumpulan berbasikal dari belakang

- Oleh Mohd Fahmi Mohd Yusof dan Nur Fatin Mohd Satar

Seorang mangsa insiden rempuhan kereta ke atas kumpulan remaja berbasikal di Jalan Lingkaran Dalam, di sini, Sabtu lalu, mendakwa berada di tepi jalan ketika dirempuh kenderaan berkenaan.

Muhammad Zulfadli Yusri, 19, yang bekerja sebagai tukang cat mendakwa, melihat remaja berbasikal berkumpul di tepi jalan itu, dia yang ketika itu bersama beberapa rakan dalam perjalanan ke Dataran Majlis Bandaraya Johor Bahru, menyertai kumpulan berkenaan.

“Saya nampak remaja berbasikal berkumpul di tepi jalan, lalu saya menyertai mereka... tak lama kemudian bila saya pandang ke belakang, nampak kereta dipandu laju.

Langgar semua

“Saya nampak pemandu itu dari tengah (laluan tengah) menuruni jalan dan sebat (langgar) semua,” dakwanya yang patah kaki kanan dan kini dirawat di Wad Barat, Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini.

Seorang lagi mangsa, Muhammad Arassat Abdullah, 14, berkata dia bersama rakannya yang dalam perjalanan pulang selepas makan di sebuah restoran 24 jam, turut menyertai kumpulan remaja berkenaan.

“Saya baru lepas makan dan dalam perjalanan pulang ke Flet Desa Mutiara sebelum berhenti melihat kumpulan remaja berbasikal di tepi jalan... tiba-tiba saya dirempuh.

“Apabila sedar daripada pengsan, saya dibantu beberapa orang dan ambulans sudah banyak di lokasi... ramai yang terbaring,” katanya yang juga patah kaki kanan tetapi sudah dibenarkan keluar hospital.

Dalam kejadian itu, lapan remaja maut, manakala lapan lagi cedera dirempuh kereta yang dipandu seorang wanita berusia 22 tahun.

Sementara itu, Ahli Majlis Keselamata­n Jalan Raya, Tan Sri Lee Lam Thye, berkata semua pihak perlu belajar daripada tragedi berkenaan dan sepatutnya menyemai budaya pencegahan atau preventif, bukannya reaktif, iaitu mereka yang bertanggun­gjawab hanya akan mengambil tindakan apabila kejadian malang sudah berlaku.

Katanya, remaja berbasikal tidak sepatutnya dihalang kerana ia adalah aktiviti riadah yang sihat, sekali gus mengelak daripada penyakit sosial lain seperti penagihan dadah, namun ia tertakluk kepada pengawasan rapi dan mematuhi syarat keselamata­n.

“Antaranya, pihak berkuasa perlu tingkatkan aspek keselamata­n dengan mewajibkan pemakaian topi keledar dan pemasangan lampu basikal, selain garis panduan supaya mereka meneruskan aktiviti dengan selamat.

Sempadan keselamata­n

“Sempadan keselamata­n perlu diwujudkan untuk zon berbasikal dan papan tanda sesuai perlu dipasang di jalan raya yang mempunyai laluan khas untuk berbasikal.

“Kerajaan Persekutua­n dan negeri perlu membina kawasan khas untuk peminat aktiviti berbasikal serta menganjurk­an lebih banyak pertanding­an,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Menguat kuasa hirearki keselamata­n jalan raya katanya, mereka yang paling berisiko perlu diberi perhatian lebih dan dilindungi.

 ??  ?? menerima rawatan di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru. Keratan muka depan akhbar BH, 19 Februari lalu.
menerima rawatan di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru. Keratan muka depan akhbar BH, 19 Februari lalu.
 ?? [FOTO MOHD FAHMI MOHD YUSOF/BH] ?? Muhammad Zulfadli
[FOTO MOHD FAHMI MOHD YUSOF/BH] Muhammad Zulfadli

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia