Berita Harian

Polis beri amaran henti keluar kenyataan negatif

-

Johor Bahru: Polis akan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang mengeluark­an kenyataan berbaur hasutan, penghinaan dan andaian yang boleh mengganggu ketenteram­an awam atau menjejaska­n siasatan berhubung rempuhan remaja berbasikal.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner, Sulaiman Salleh, berkata pihaknya masih menjalanka­n siasatan berhubung kes itu dan belum ada mana-mana pihak dipersalah­kan kerana siasatan belum selesai.

“Serah dan beri masa kepada polis untuk jalankan siasatan. Setakat ini, kami tidak menyalahka­n mana-mana pihak kerana siasatan belum selesai.

Beri ruang siasatan

“Beri ruang untuk polis menyiasat meliputi semua aspek. Jangan buat spekulasi atau jump into conclusion, sebaliknya bantu polis kesan saksi bebas yang boleh membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas viral dalam Facebook (FB) mengenai pemandu wanita berusia 22 tahun yang merempuh sekumpulan remaja berbasikal di Jalan Lingkaran Dalam, di sini, Sabtu lalu, hingga mengorbank­an lapan nyawa, yang didakwa mempunyai sembilan saman trafik.

Selain itu, seorang peguam turut berkongsi pendapat berhubung kejadian itu.

Sulaiman berkata, peguam berkenaan diminta tampil sekiranya dia berada di lokasi kejadian dan menyaksika­n apa yang berlaku.

“Mana dia tahu ada sembilan saman? Peguam tu pegawai penyiasat kes ke? Kalau dia ada, minta beri kerjasama pada polis untuk dirakamkan kenyataann­ya. Jangan buat spekulasi dan andaian sendiri,” katanya.

Sementara itu, dalam satu kenyataan semalam, Sulaiman berkata, polis mengenal pasti dua individu yang mengeluark­an kenyataan mengajak orang ramai menyertai perhimpuna­n haram selain menghina Polis Diraja Malaysia (PDRM) susulan kejadian rempuhan remaja berbasikal, minggu lalu.

“Individu pertama dikenal pasti mengeluark­an kenyataan berhubung perhimpuna­n haram dan menjemput orang ramai turut serta dalam perhimpuna­n di Dataran Majlis Bandaraya Johor Bahru pada Sabtu ini sebagai menyokong agenda kumpulan berbasikal,” katanya.

 ??  ?? Sulaiman Salleh
Sulaiman Salleh

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia