Berita Harian

3 ditahan edar syabu RM6.3J

Sindiket baharu aktif kurang seminggu peroleh bekalan dari Segi Tiga Emas

- Oleh Petah Wazzan Iskandar dan Mohd Fahmi Mohd Yusof

Polis melumpuhka­n sindiket pengedaran dadah jenis syabu selepas menahan tiga lelaki dalam tiga serbuan di Changlun di sini, dan Padang Besar, Perlis, Ahad lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff, berkata dalam serbuan jam 4.50 petang itu, polis turut merampas seberat 90 kilogram (kg) membabitka­n nilai RM6.3 juta dan wang tunai serta barang kemas berjumlah RM30,000.

Katanya, kejayaan ini susulan perkongsia­n maklumat dengan Biro Pencegahan dan Kawalan Narkotik (NSB) Polis Diraja Thailand yang membawa kepada penahanan tiga suspek, masing-masing memandu kereta jenis Honda Civic, Honda City dan Nissan Grand Livina.

Masuk ikut sempadan

“Pemeriksaa­n rapi dalam kereta suspek berusia antara 25 hingga 37 tahun yang baru saja masuk ke negara ini melalui pintu masuk sempadan menemui dadah dibungkus rapi disorok dalam papan pemuka.

“Siasatan awal mendapati sindiket yang baharu aktif kurang seminggu memperoleh dadah itu dari Segi Tiga Emas untuk diedarkan di pasaran Malaysia dan Indonesia serta mampu menampung keperluan 450,000 penagih,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah (IPK) di sini, semalam.

Yang turut hadir, Komander Divisyen Risikan NSB, Mejar Jeneral Chayapoj Hasunaha.

Mohd Mokhtar berkata, seorang daripada suspek dikehendak­i polis Perak dan seorang lagi positif dadah.

“Kami yakin beberapa lagi rakan suspek akan ditahan dalam tempoh terdekat. Semua suspek kini direman sehingga Isnin minggu depan mengikut Seksyen 39b Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Sementara itu, di Johor Bahru, polis merampas 100 bungkusan dadah Ecstasy seberat 2.7 kilogram bernilai RM30,000 pada jam 5.50 petang kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Johor, Asisten Komisioner Lukas Aket, berkata turut dirampas kereta BMW dan Perodua Alza .

 ?? [FOTO SHARUL HAFIZ ZAM/BH] ?? Mohd Mokhtar (empat dari kanan) bersama-sama Chayapoj (tiga dari kanan), Komander Biro NSB, Mejar Jeneral Soonthorn Chalermkia­t (lima dari kanan) dan Ketua Polis Kedah, Datuk Asri Yusoff (enam dari kanan) menunjukka­n dadah yang dirampas pada sidang...
[FOTO SHARUL HAFIZ ZAM/BH] Mohd Mokhtar (empat dari kanan) bersama-sama Chayapoj (tiga dari kanan), Komander Biro NSB, Mejar Jeneral Soonthorn Chalermkia­t (lima dari kanan) dan Ketua Polis Kedah, Datuk Asri Yusoff (enam dari kanan) menunjukka­n dadah yang dirampas pada sidang...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia