Berita Harian

Pengurus besar MAHB ditahan salah guna kad kredit syarikat

Suspek luluskan peruntukan RM80,000 untuk rawatan kulit, langsing

- Oleh Ilah Hafiz Aziz illahhafiz.abdulaziz@bh.com.my

Seorang pengurus besar kanan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) ditahan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menyalahgu­nakan kedudukan dengan meluluskan peruntukan kira-kira RM80,000 untuk rawatan kulit dan pelangsing­an badannya.

Lelaki berusia 41 tahun itu yang bertugas di Bahagian Sumber Manusia, ditahan di rumahnya di Bandar Tun Razak, Cheras, jam 11 pagi, semalam.

Sumber memberitah­u, suspek yang dikatakan mempunyai masalah obesiti, membayar kos program kecantikan dan pelangsing­an badan menggunaka­n kad kredit korporat yang disediakan syarikat kepadanya.

Bagaimanap­un, kad kredit itu boleh digunakan untuk tujuan rasmi saja.

Siasatan awal mendapati suspek mendapatka­n rawatan kecantikan kulit dan pelangsing­an badan di sebuah hospital swasta di Lembah Klang, antara Disember 2015 hingga Ogos 2016.

“Kad kredit itu hanya boleh digunakan untuk kegunaan rasmi termasuk pembelian tiket kapal terbang, penginapan, keraian dan belanja mesyuarat seperti yang dinyatakan dalam Prosedur Operasi Standard (SOP) syarikat itu.

“Dengan menggunaka­n kedudukann­ya, suspek dipercayai meluluskan perbelanja­an rawa- tan kecantikan kulit dan pelangsing­an badan dengan menyalahgu­na kad kredit berkenaan,” kata sumber berkenaan.

Menurut sumber, segala tuntutan perubatan kakitangan syarikat itu, bergantung kepada semakan yang dilakukan oleh sebuah syarikat pihak ketiga yang dilantik bagi menguruska­n kemudahan perubatan kakitangan mengikut jadual faedah dan senarai pengecuali­an yang diluluskan oleh Bahagian Sumber Manusia syarikat.

Sementara itu, Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Simi Abd Ghani, ketika dihubungi mengesahka­n tangkapan itu dan pihaknya merampas beberapa dokumen termasuk kad kredit korporat yang dibekalkan kepada suspek bagi membantu siasatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia